web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cerita Bulanan KKD Lapor Prestasi Kementerian Setiap Bulan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 7:02AM

Fahmi Fadzil berkata beliau berpegang teguh dengan konsep “Rakyat adalah Majikan” - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah memulakan program “Cerita Bulanan KKD” iaitu perkongsian di media sosial mengenai ringkasan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan kementerian itu bagi setiap bulan bermula Disember lepas. 

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Twitter dan Facebook beliau malam ini berkata beliau berpegang teguh dengan konsep “Rakyat adalah Majikan” oleh itu, rakyat sebagai majikan wajib tahu perkembangan dan hasil kerja menteri.

“Atas sebab itu, KKD tekad untuk melaporkan Cerita Bulanan KKD kepada rakyat pada tiap bulan. Biarlah rakyat menilai hasil kerja kami,” menurut beliau. 

Menerusi hantaran itu, beliau turut berkongsi video dan gambar untuk melaporkan tujuh tumpuan utama bagi Disember lepas iaitu siaran percuma Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Pelan Data Perpaduan: Lebih Laju, Lebih Murah, Lebih Data.

Selain itu, langkah KKD menyediakan Internet berkelajuan 800Mbps untuk memudahkan urusan anggota penyelamat bertugas ketika tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, mengaktifkan 471 stesen pemancar komunikasi yang terjejas pasca banjir serta Tabung Bantuan Bencana KKD yang telah menyalurkan RM1 juta kepada mangsa banjir. 

Fahmi berkata ini termasuk siasatan segera berkenaan pembocoran data peribadi dan mengadakan libat urus dengan agensi berkaitan, selain menjalinkan kerjasama strategik antara kementerian dan penyedia perkhidmatan media sosial bertujuan membendung kandungan provokatif melibatkan 3R Raja (Royalty), Agama (Religion), Kaum (Race).  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula