web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Dah Balik Malaysia, Sila Jumpa SPRM - Isham

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 4:59PM

Isham Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak ada pemimpin yang boleh terlepas daripada proses pengadilan, walaupun individu berkedudukan tinggi seperti Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, mantan Perdana Menteri itu seharusnya menjawab pelbagai tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan olehnya serta pemimpin PN lain.

Menurut beliau, sudah banyak laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat ke atas Muhyiddin, berhubung skandal rasuah ketika pemimpin itu menjadi Perdana Menteri.

"Banyak laporan polis dan SPRM telah dibuat. Pihak berkuasa sedang menyiasat, dan saya percaya mereka sedang tunggu Tan Sri untuk beri keterangan. 

"Rakyat pun sedang tunggu. Sila jawab hal ini kepada rakyat. Jangan lari ke luar negara lagi. Sesiapa pun tidak boleh terlepas dari pengadilan," katanya hari ini. 

Menurut beliau, Muhyiddin perlu dikenakan pelbagai sekatan oleh kerajaan seperti mana yang diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. 

"Jika dahulu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) , Najib tidak dibenar ke luar negeri, pasportnya dirampas, rumahnya digeledah dan rumah arwah bondanya dipecah kerana kes RM2.6 billion. Kali ini kes RM92.5 billion berkaitan Tan Sri adalah berpuluh kali ganda lebih besar dari itu. 

"Ia adalah skandal rasuah dan salah guna kuasa yang terbesar dalam sejarah Malaysia, oleh itu takkan Tan Sri tidak mahu jawab hal ini dan bersenang lenang bercuti ke luar negeri dan berjumpa delegasi asing sahaja," katanya. 

Mengulas lanjut, Isham berkata, sehingga kini, Muhyiddin masih belum mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion. 

"Sejak berminggu lepas netizen bertanya di mana Tan Sri Muhyiddin dan adakah dia masih berada di London sejak akhir tahun lepas, tapi dia tidak jawab. 

"Semalam saya tanya di Facebook adakah dia sudah pulang ke Malaysia, dan lewat malam semalam baru dia jawab di Facebook bahawa dia sudah ada di Kuala Lumpur berjumpa delegasi Singapura. 

"Saya ingin tanya Muhyiddin, bila mahu berjumpa SPRM pula? SPRM tentunya ingin berjumpa Tan Sri untuk ambil keterangan berkenaan kes RM92.5 billion dana kerajaan semasa darurat, kes PN rasuah pengundi, kes projek rundingan terus RM1.16 billion kepada syarikat menantu, dan juga bantu jawab kes rundingan terus projek tebatan banjir RM15 billion oleh Kementerian Air," katanya. 

Terdahulu, SPRM mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021, membabitkan pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan.

SPRM berkata, fokus siasatan kini terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum ini menegaskan tidak takut disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dana berkenaan. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok