web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenyataan Hadi Tak Bawa Faedah, ‘Beliau Patut Bantu Bangunkan Negara’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 4:39PM

Menurut Abbas Azmi, kenyataan Abdul Hadi juga tidak berasas dan hanya cubaan menimbulkan persepsi negatif kepada usaha kerajaan hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang melabel kerajaan sebagai ‘besar kepala’ dilihat tidak membawa sebarang faedah kepada usaha kerajaan menstabilkan ekonomi dan perpaduan negara.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Abbas Azmi berkata, sebagai Ahli Parlimen pembangkang, Abdul Hadi sepatutnya menjalankan tugas semak dan imbang dalam membantu kerajaan membangunkan negara.

Menurut beliau, kenyataan tersebut juga tidak berasas dan hanya cubaan menimbulkan persepsi negatif kepada usaha kerajaan hari ini.

“Tan Sri (Abdul) Hadi seharusnya menjadikan reputasi kerja beliau ketika menjawat jawatan duta khas timur tengah bertaraf menteri sebagai contoh kepada kerajaan hari ini mengambil pengajaran.

“Jadikan, pengalaman dan segala hubungan baik di antara negara luar untuk membantu kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Abbas berkata, setelah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal menguruskan negara ketika COVID-19 termasuk membangunkan ekonomi serta menangani kos sara hidup rakyat, ia membawa kesan besar kepada banyak kerosakan dan kesusahan terhadap negara serta rakyat. 

Justeru, katanya, kini adalah masa untuk sama-sama saling membantu atas semangat perpaduan dalam menguruskan kembali negara, agar penderitaan rakyat ketika pandemik COVID-19 yang lalu dapat segera ditamatkan. 

“Melabel kerajaan dengan pelbagai gelaran langsung tidak membantu rakyat dan negara.

“Semoga Allah merahmati kita semua dan dijauhi dari segala kejahatan terutama yang sengaja diada-adakan oleh mereka yang tidak beretika,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi berpandangan, kerajaan perpaduan mungkin lebih mudah jatuh jika ‘kepalanya terlalu besar melebihi saiz jasadnya’.

Menurut beliau, kerajaan perpaduan bermakna tiada pembangkang atau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Islam menegaskan semua keputusan yang diambil mestilah mengikut perhitungan hukumnya dan semua urusan yang tiada berpisah daripadanya.

Katanya, ia menentukan batas sempadan kerjasama dan perpaduan dengan semua pihak yang sama dan berbeza dalam kalangan masyarakat majmuk.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pihak yang bermusuh terhadap Islam kini sedang menjual propaganda Islamofobia yang menjadi halangan untuk sementara waktu sahaja.

Tegasnya, perpaduan mestilah dipimpin oleh Islam berintegriti mengikut takrifnya yang tepat. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Calon BN, Hadi Awang Kekal Ahli Parlimen Marang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 15 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula