web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Saya Tidak Putar Belit, Ia Kenyataan Bertulis SPRM’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 8:21PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menafikan beliau memutar belit kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu pemberian wang ketika pilihan raya.

Menurut beliau, ia selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki  bahawa ‘rasuah adalah rasuah’.

“Kenyataan dibuat oleh SPRM harus dijadikan satu panduan bahawa apa pun bentuk pemberian ketika kempen pilihan raya dan apa juga istilahnya itu adalah rasuah politik, walaupun namanya sedekah.

“Ini bukan putar belit, ini merupakan kenyataan bertulis daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MEXCLUB di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya yang mendakwa dirinya cuba mengelirukan fakta sebenar berkenaan isu sedekah parti itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan siapakah individu mahupun pihak yang terlibat dalam memberi ‘sedekah’ kepada PAS.

“Kami tak ada duit untuk sedekah, jadi siapakah sedekah ramai-ramai (kepada PAS) dari sumber yang tidak jelas datangnya dari mana,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Yahaya menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid jelas berniat untuk mengelirukan orang ramai.

Beliau berkata, ini kerana terdapat garis yang jelas antara amalan rasuah dan politik wang dengan pemberian sedekah khususnya ketika kempen pilihan raya.

Jelasnya, Ahmad Zahid sebenarnya lebih arif untuk membezakan elemen rasuah dan politik wang yang merosakkan masyarakat dengan pemberian sedekah.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid turut menggesa semua Ahli Parlimen sama ada kerajaan mahupun pembangkang bersama-sama memberi sokongan agar Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai Pendanaan Politik diluluskan.

“RUU pendanaan politik antara salah satu daripada akta yang menjadi sebahagian daripada manifesto parti politik. 

“Jadi, semua haruslah komited untuk bersama melakukan keterlibatan kepada RUU itu sebagaimana, kita lakukan terhadap beberapa RUU lain sebelum ini,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok