web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 9:33AM

Rapid Rail memaklumkan, pemerhatian awal menunjukkan, kelewatan atas faktor keselamatan itu, adalah disebabkan kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang kini mengalami kelewatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya.

Menerusi kenyataannya, Rapid Rail memaklumkan, pemerhatian awal menunjukkan, kelewatan atas faktor keselamatan itu, adalah disebabkan kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan.

Katanya, kerosakan itu dipercayai akibat daripada kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan berkenaan.

“Jurutera Rapid Rail sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur untuk memastikan keselamatan dan kekukuhan.

“Atas faktor keselamatan, pihak Rapid Rail membuat keputusan untuk menutup laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya, sehingga kekukuhan serta keselamatan dapat dipastikan,” menurut kenyataan itu.

Kerosakan struktur jejambat di Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan gangguan jadual perkhidmatan LRT Laluan Ampang buat masa kini - Gambar ihsan Rapid Rail
Kerosakan struktur jejambat di Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan gangguan jadual perkhidmatan LRT Laluan Ampang buat masa kini - Gambar ihsan Rapid Rail

Rapid Rail berkata, perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan berkurangan.

“Ia akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan sembilan minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan, manakala 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan.

“Tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat, tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya, manakala perkhidmatan ‘shuttle’ atau ulang-alik di antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan bas alternatif sudah diaktifkan bagi menampung penumpang di beberapa stesen, iaitu Stesen Bandaraya ke Plaza Rakyat dengan bas bernombor WVH9594 dan W7486Q serta Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya (WUX5708 dan WVC3984.)

Selain itu, Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya (PJJ7149 dan WUW1702) serta Stesen Bandaraya ke Sentul Timur (W3607T).

Jelasnya, anggota polis bantuan juga sudah dikerah ke stesen utama bagi mengawal kesesakan.

“Pihak Rapid Rail memohon maaf di atas kelewatan ini dan kesulitan dialami penumpang,” katanya. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Memang Kalau Oyen Kena Rosak Eh?

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Jejambat JL99 Dibuka Secara Rasmi, Kemudahan Eksklusif Untuk Penghuni 99 Residence

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Semasa 1 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 4 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

oleh Wartawan Getaran