web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


26 NGO Desak Projek Pelabuhan Laut Dalam, Terminal Pelayaran Antarabangsa Melaka Dibatalkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 3:20PM

Projek Melaka Gateway yang dilancarkan sekitar tahun 2014 terbengkalai sehingga hari ini dan meninggalkan pencemaran teruk di kawasan persekitaran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 gabungan bukan kerajaan (NGO) membantah projek tambak laut seluas 1,190 ekar di kawasan Alai, Melaka bagi pembinaan Pelabuhan Laut Dalam dan Terminal Pelayaran Antarabangsa kerana ia akan memusnahkan alam sekitar di pesisir pantai itu.

Menerusi kenyataan bersama, NGO itu menegaskan, pesisir pantai Melaka kaya dengan kepelbagaian biodiversiti dan memainkan peranan penting dalam ekosistem serta rangkaian makanan tempatan.

“Pesisir pantai Melaka juga satu daripada kawasan pendaratan penyu penting, termasuklah penyu spesis Hawksbill yang dikategorikan sebagai sangat terancam di dunia.

“Projek tambakan seluas 1,190 ekar ini adalah antara yang terbesar di seluruh Malaysia dan akan memusnahkan alam sekitar di pesisir pantai Melaka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

NGO terbabit adalah Gabungan Selamatkan Pesisir Pantai Melaka, Agora Society Malaysia, Bahagian Belia Dewan Perhimpunan China Melaka (Belia DPCM), Bendahari, BHES/MHS 1962-1974 Old Boys, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Global Human Right Foundation Malaysia, GRASS Malaysia, Jaringan Ekologi Dan Iklim (JEDI), Kelab Kasiredah Tranquerah, Malacca Portuguese-Eurasian Association, Malaysian Nature Society (MNS) dan Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET).

Selain itu, Mataburung.com, Melaka In Fact, Melaka Public Policy Club, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Penjejak Kurniaan Purba, People Like Us Support Ourselves (PLUsos), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia), Save Malacca Portuguese Community Action Committee, Sungai Project dan Treat Every Environment Special (TrEES).

NGO itu berkata, kawasan projek tersebut adalah Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang merangkumi tempat perikanan utama, hutan bakau dan sebuah taman laut sudah diwartakan (Pulau Besar).

Apa yang membimbangkan, katanya, projek tambakan laut terbabit dikatakan penting untuk tujuan pembangunan, namun pengalaman lalu menunjukkan bahawa pembinaan seperti itu adalah tidak mampan.  

“Malah, projek tambakan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ) yang melibatkan kawasan tambak laut seluas 25,000 ekar, iaitu sepanjang 33 kilometer di seluruh pesisir pantai Melaka.

“Sebagai contoh, projek Gateway yang dilancarkan sekitar tahun 2014, dijanjikan dapat membawa masuk pelaburan berjumlah RM43 bilion dan mewujudkan 15,000 peluang pekerjaa,” katanya.  

Namun, tegas mereka, sehingga hari ini, projek tersebut terbengkalai dan meninggalkan pencemaran teruk di kawasan persekitaran.

Pada masa sama, mereka berkata, cadangan pembinaan pelabuhan baharu di tanah tambakan tersebut adalah tidak munasabah, memandangkan Melaka mempunyai dua pelabuhan lain yang sedang beroperasi, iaitu Pelabuhan Tanjung Bruas dan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi.

“Selain itu, terdapat pelabuhan utama lain di Selat Melaka, seperti Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Singapura.

“Berdasarkan visi Malaysia Madani dilancarkan Perdana Menteri baru-baru ini, prinsip kemampanan adalah antara tonggak harus diutamakan dalam proses pembangunan negara.

“Maka, kami menyeru semua pihak untuk mengkaji semula projek mega dan membatalkan projek tambakan laut seluas 1,190 ekar ini yang tidak mengutamakan kesejahteraan rakyat, malah memudaratkan alam sekitar,” katanya. - Getaran, 1 Febuari 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan