web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelantikan Nurul Izzah Jejas Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 9:33PM

Ahmad Yahaya berkata tindakan Anwar melantik anaknya sendiri dalam menguruskan perolehan secara tidak langsung menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan semakin terhakis - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan tanggungjawab kepada anaknya, Nurul Izzah sebagai pengurus tender kerajaan akan menimbulkan konflik kepentingan dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan.

Justeru, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya memberi amaran kepada Perdana Menteri agar tidak melibatkan konflik kepentingan dalam aspek pengurusan perolehan kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan khususnya Perdana Menteri seharusnya memelihara integriti sebagai sebuah kerajaan sebagaimana yang dibangunkan di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menjelaskan bahawa beliau sendiri tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk urus tadbir perolehan di bawah KASA. Hal yang demikian dilaksanakan demi menjunjung nilai integriti dalam berkerajaan.

“Sewajarnya aspek pengurusan tender kerajaan diberikan kepada sesebuah jawatankuasa tanpa penglibatan pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Ia bagi memelihara integriti sesebuah kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Menurut beliau, apatah lagi aspek perolehan kerajaan sememangnya suatu ‘lubuk rasuah’ berdasarkan data daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Ironinya, seseorang yang sering melaungkan slogan reformasi dan kerajaan Madani mengambil sikap tidak serius untuk mendukung prinsip integriti dalam pentadbiran," katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan Anwar melantik anaknya sendiri dalam menguruskan perolehan secara tidak langsung menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan semakin terhakis.

“Satu demi satu langkah Perdana Menteri dan kerajaan pada hari ini tidak seiring dengan slogan yang sering dilaungkan. Malah, negara semakin mengundur ke belakang dengan cara politik lapuk.

“Oleh itu, saya menasihatkan Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan semula posisi pengurusan tender kerajaan tersebut. Usah tambah kerapuhan dalam kerajaan yang sedia rapuh,” katanya.

Terdahulu, Anwar menyatakan terbuka menerima teguran serta kritikan terhadap tindakannya melantik anaknya sebagai penasihat khas ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan tugas Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah untuk memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan supaya teratur.

"Saya terima baik teguran. Saya jelaskan, itu berbeda dengan pengalaman yang lalu, soal upah dan ganjaran. Dia datang untuk bantu, tiada kedudukan yang dipersoalkan iaitu satu ketelusan (dalam urusan pentadbiran), akan pastikan supaya kontrak tender teratur. Itu saja.

"Bukan untuk ambil projek. Orang kritik, kalau ikhlas saya tiada masalah. Saya mahu supaya tiada amalan tidak sihat. Mereka yang kritik itu termasuk yang bagi kontrak juta-juta kepada anak dia. Yang tiada kerja pun ambil (tender), (lantik) penasihat macam-macam," katanya. – Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan