web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengemis Kanak-Kanak: Ahli Parlimen Kota Kinabalu Persoal Kelewatan Rumah Perlindungan Beroperasi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 7:00AM

Bulan lalu, video seorang kanak-kanak kelihatan berpaut di tepi kenderaan yang sedang bergerak tular, dengan pengguna media sosial mendakwa ia berlaku di Kota Kinabalu. - Gambar tangkap layar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin mempersoalkan kelewatan operasi rumah perlindungan kanak-kanak jalanan tanpa kerakyatan di daerah berkenaan, walaupun ia sepatutnya bermula bulan lalu.

Beliau berkata, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir yang memiliki peranan dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, mengumumkan bahawa pusat perlindungan itu sudah siap dan akan beroperasi pada 31 Januari.

“Sudah seminggu kanak-kanak tanpa kerakyatan terus berkeliaran di jalan raya yang sibuk di Kota Kinabalu, mengetuk cermin kereta dan menakutkan pengguna jalan raya, tanpa mengambil kira keselamatan mereka sendiri,” katanya menerusi kenyataan.

Pada November tahun lalu, Abidin memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa kerajaan Sabah akan menubuhkan pusat perlindungan sementara untuk menempatkan kanak-kanak tanpa kerakyatan yang dilihat mengemis di jalanan di Kota Kinabalu, menjelang akhir tahun.

Sejumlah RM250,000 diperuntukkan untuk mengubah suai sebuah rumah kerajaan tidak digunakan di bandar bagi tujuan itu, dengan ia sepatutnya menjadi projek perintis Sabah dalam usaha membanteras kanak-kanak tanpa kerakyatan daripada mengemis di jalanan.

Foong Hin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan berkata, walaupun sibuk dengan tugas di Putrajaya, beliau mengambil cuti untuk membuat susulan mengenai perkara itu dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, polis serta Abidin.

Katanya, beliau kemudian dimaklumkan Abidin bahawa perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Sabah yang baru mengangkat sumpah.

“Saya kemudian menghubungi Datuk James Ratib yang memaklumkan mereka sedang mengambil tindakan sekarang untuk mendapatkan makanan untuk kanak-kanak itu. Kanak-kanak tanpa kerakyatan ini kemudian boleh dibawa ke pusat perlindungan tidak lama lagi.

 “Tiada penangguhan lagi untuk mengambil anak tanpa kerakyatan ini kerana ia akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap Kerajaan Perpaduan Sabah,” tambahnya.

Bulan lalu, tular video memaparkan seorang kanak-kanak berpaut di tepi kenderaan sedang bergerak, dengan pengguna media sosial mendakwa ia berlaku di Kota Kinabalu.

Ramai penduduk tempatan juga mendakwa melihat kanak-kanak jalanan di jalan raya, sehingga membahayakan keselamatan mereka dan pengguna laluan itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak itu tidak memiliki status warganegara (seperti dari masyarakat Palauh) atau pendatang tanpa izin yang memasuki Sabah secara haram dari Filipina atau Indonesia. - The Vibes, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang