web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekangan Dana Ambil Ramai Doktor Bukti Dasar Zaman BN Masih Terbaik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 7:15AM

Pengakuan Dr Zaliha Mustafa bahawa hasrat kementerian itu mahu mengambil lebih ramai doktor tersekat berikutan tiada peruntukan, menunjukkan dasar zaman BN masih terbaik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengakuan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa bahawa hasrat kementerian itu mahu mengambil lebih ramai doktor tersekat berikutan tiada peruntukan, menunjukkan dasar zaman Barisan Nasional (BN) masih terbaik. 

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun berkata, ini kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan BN sebelum ini merupakan dasar yang berupaya menjana pendapatan untuk kerajaan. 

Menurut beliau, fungsi dasar percukaian itu adalah satu sistem telus yang boleh mengelakkan “black economy” daripada berlaku di Malaysia. 

“Dulu zaman BN memperkenalkan GST, mungkin tindakan tidak populis tapi kita diasak, digunakan ia sebagai senjata politik kononnya menekan rakyat. 

“Walhal cukai yang diambil daripada orang sepatutnya itu akan diagihkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. 

Terdahulu, Dr Zaliha berkata, KKM sememangnya mahu menyerap semua kakitangan kesihatan, termasuk doktor yang berkhidmat bukan secara tetap sebagai penjawat awam.

Bagaimanapun katanya, ada kekangan iaitu ketiadaan dana untuk melakukan pengambilan tersebut serta keterbatasan perjawatan.

Beliau menjelaskan, langkah mengambil pekerja terbabit sebagai pegawai tetap perlu dibuat bagi menangani kekangan kakitangan kesihatan di negara ini.  

Mengulas lanjut, Dr Masliha berkata, semua pihak perlu memahami keadaan yang sedang dialami negara ketika ini. 

Jelas beliau, untuk meningkatkan kualiti sistem kesihatan negara memerlukan peruntukan yang mencukupi.

 “Kita telah lalui zaman pandemik, kini negara tiada GST dan hutang negara juga sudah mencecah hampir RM1.5 trilion.

“Kini, negara kekurangan pendapatan baru dan hasil, akhirnya Menteri mengaku kita tidak boleh menambah doktor kerana tiada peruntukan,” katanya. 

Sehubungan itu, Dr Masliha yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO berharap agar lebih ramai rakyat sedar bahawa dasar zaman BN masih terbaik.

Jelas beliau, penamatan doktor kontrak dan ramai lagi yang masih belum mendapat tempat boleh menyebabkan kualiti sistem kesihatan merosot.

“Kita doakan yang terbaik, semoga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dapat mencari solusi terbaik. 

“Ia penting bagi sistem kesihatan kita dan membantu doktor kontrak ini. Jika tidak, pasti yang akan terkesan adalah rakyat,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula