web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


238 PPS Dibuka Di 6 Negeri, Mangsa Banjir Melonjak kepada 22,770

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 1:41PM

Jumlah itu direkodkan setakat jam 11.39 pagi tadi, membabitkan mangsa daripada 7,223 keluarga di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 238 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri setakat ini, bagi menempatkan 25,770 penduduk yang terjejas akibat banjir sejak kelmarin.

Jumlah itu direkodkan setakat jam 11.39 pagi tadi, membabitkan mangsa daripada 7,223 keluarga di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi, iaitu 22,844 daripada 6,445 keluarga dengan 192 PPS dibuka di negeri berkenaan.

Antara daerah terjejas di situ adalah Segamat, Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Pontian, Johor Bharu, Mersing, Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

Pahang menjadi negeri kedua teruk terjejas dengan merekodkan 1,505 orang daripada 399 keluarga membabitkan 501 lelaki dewasa, 527 perempuan dewasa, 240 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan.

Kesemua mereka ditempatkan di 26 PPS dan daerah yang terkesan di negeri berkenaan adalah Rompin, Maran, Jerantut, Pekan serta Raub.

Negeri Sembilan turut merekodkan peningkatan jumlah mangsa, dengan setakat 10.26 pagi tadi ia mencecah 927 orang daripada 255 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS di sekitar Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.

Peningkatan mangsa juga dilaporkan di Sarawak, apabila mencatatkan 148 orang kepada 345 orang, membabitkan 87 keluarga dengan empat PPS dibuka di Kuching, Serian, Betong dan Sri Aman.

Jumlah mangsa di Sabah kekal, dengan 108 orang daripada 24 keluarga dipindahkan ke satu-satunya PPS di Tongod. 

Negeri terkini yang terkesan banjir adalah Melaka dengan 41 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Alor Gajah dan Jasin. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan