web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Gerakkan 3 'Air Boat' Miliknya Bantu Misi Banjir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:22AM

'Air boat' berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke lokasi pertama - Gambar Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menggerakkan tiga aset milik baginda iaitu ‘air boat’ berkuasa tinggi bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa yang terjejas banjir di negeri ini. 

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, 'air boat' berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke lokasi pertama iaitu pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gombang yang menempatkan 47 keluarga, semalam. 

Tunku Abu Bakar kemudiannya ke lokasi kedua iaitu Jeti Galeri Darurat Bukit Kepong sebelum berkenan menyampaikan bantuan makanan di PPS SK Bukit Kepong yang menempatkan 42 keluarga, selain turut meluangkan masa meninjau keadaan lokasi yang terjejas banjir sepanjang perjalanan, meskipun dalam keadaan hujan. 

Turut serta, Datuk Perdana Dalam Kolonel (Bersara) Datuk Mohamed Perang Musa; Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim; dan Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang. 

Semalam, 'air boat' berkenaan yang juga dikemudi oleh Tunku Abu Bakar turut digunakan dalam penghantaran makanan ke Kampung Orang Asli Pucur, Kahang di Kluang selepas penempatan mereka dinaiki air.

Perjalanan itu mengambil masa hampir 40 minit dengan menyusuri Sungai Kahang dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa terlibat. 

Setakat 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 50,596 orang dengan daerah Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas bencana dengan merekodkan 19,883 orang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini