web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Ditahan Cabul Kanak-Kanak Di Tandas Surau

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 11:20AM

Polis yang bertindak atas maklumat berjaya menangkap dua lelaki warga tempatan itu di dua lokasi berasingan, pada hari sama - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan dua lelaki secara berasingan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku di tandas sebuah surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis berkaitan kes tersebut pada jam 4.53 petang, Jumaat lalu. 

Menurut beliau, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor yang bertindak atas maklumat berjaya menangkap dua lelaki warga tempatan itu di dua lokasi berasingan, pada hari sama.

"Siasatan mendapati, kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa. 

"Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mohd Asri berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu lalu sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan. 

Jelasnya, kes kini disiasat menerusi Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan 15 (A)(i) akta yang sama.

"Kita percaya penangkapan kedua-dua suspek berjaya menyelesaikan kes ini. 

"Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat serta menularkan berita yang palsu. Semua perkara itu hendaklah merujuk kepada pihak polis atau pegawai berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat," katanya. - Getaran, 6 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global