web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Capaian Internet Dijangka Selesai Menjelang Jun Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 7:08AM

Fahmi Fadzil berkata masalah capaian internet mampu diselesaikan hampir sepenuhnya jika semua syarikat telekomunikasi dapat bekerjasama seperti berkongsi menara telekomunikasi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Masalah capaian Internet dalam Malaysia terutama di kawasan luar bandar akan diselesaikan menjelang Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi bagi mengenal pasti serta mencari penyelesaian sewajarnya.

Katanya masalah itu mampu diselesaikan hampir sepenuhnya jika semua syarikat telekomunikasi dapat bekerjasama seperti berkongsi menara telekomunikasi. 

"Apa yang saya tegaskan kepada pihak MCMC ialah kalau boleh menjelang Jun ini, masalah perkongsian rangkaian dan mutu kualiti (capaian Internet) akan diselesaikan.

"Melalui perbincangan saya bersama syarikat telekomunikasi sebelum ini, mereka menyatakan kesediaan untuk bekerjasama, mungkin perlukan sedikit masa antara mereka," katanya semasa program Townhall Rakyat bersama Fahmi Fadzil anjuran Sinar Harian di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Fahmi berkata capaian Internet tidak hanya boleh diukur dengan jumlah menara telekomunikasi di sesuatu tempat sebaliknya perlu dilihat berdasarkan keadaan dan geografi kawasan itu terutama yang melibatkan tiga peratus kawasan berpenduduk yang belum memiliki liputan. 

"Oleh itu, kita akan ikhtiarkan akses jalur lebar tanpa wayar yang akan menggunakan teknologi seperti satelit, mungkin kita akan teliti TV Wide Space dan beberapa teknologi lain yang akan membantu menyediakan akses," katanya.

Beliau juga berkata KKD sedang meneliti keperluan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 supaya seiring dengan perkembangan digital semasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah