web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Pembangkang Anggap Siasatan Ke Atas Muhyiddin ‘Penganiayaan Politik’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 12:26PM

Faizal Azumu hadir di ibu pejabat SPRM hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA — Ahli Parlimen pembangkang ‘membantah’ siasatan dikenakan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan rasuah, susulan Ahli Parlimen Pagoh itu dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat dengan lebih lanjut.

Muhyiddin tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu pada 11.30 pagi hari ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan penyelewengan kontrak kerajaan.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan diambil terhadap Muhyiddin dan parti itu, tidak lebih daripada ‘penganiayaan politik’.

“Apa sahaja dilakukan terhadap beliau hari ini adalah penganiayaan politik (oleh pentadbiran semasa). Kami menyeru ahli mendoakan keselamatan beliau dan diberikan layanan adil (oleh pihak berkuasa),” katanya kepada media di luar Ibu Pejabat SPRM.

Muhyiddin Yassin ketika tiba di ibu pejabat SPRM pada 11.30 pagi hari ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan penyelewengan kontrak kerajaan
Muhyiddin Yassin ketika tiba di ibu pejabat SPRM pada 11.30 pagi hari ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan penyelewengan kontrak kerajaan

Ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa Muhyiddin mungkin ditangkap dan dibawa ke mahkamah dalam beberapa hari akan datang, Faizal berkata gabungan itu akan bertindak berlandaskan undang-undang.

Awal hari ini, ratusan penyokong PN dan beberapa pemimpin kanannya menunggu di hadapan ibu pejabat suruhanjaya itu untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Muhyiddin.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut melahirkan harapan agar Muhyiddin diberikan layanan adil oleh pihak berkuasa.

“Kami berharap badan penyiasat bertindak secara bebas dan bukan atas arahan mana-mana pihak.

“Kami sebagai gabungan sentiasa mematuhi undang-undang dan kami sentiasa bertindak mengikut undang-undang tidak seperti sesetengah parti lain,” katanya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir, mendakwa pendakwaan terpilih terhadap Muhyiddin, mengalihkan tumpuan orang ramai terhadap isu UMNO dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tidak bertanding dua jawatan tertinggi parti itu, baru-baru ini.

Awal hari ini, ratusan penyokong PN dan beberapa pemimpin kanannya menunggu di hadapan ibu pejabat suruhanjaya itu untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Muhyiddin
Awal hari ini, ratusan penyokong PN dan beberapa pemimpin kanannya menunggu di hadapan ibu pejabat suruhanjaya itu untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Muhyiddin

Difahamkan, Muhyiddin dijangka didakwa atas tuduhan rasuah berhubung projek Jana Wibawa dan perbelanjaan tambahan kerajaan, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, beberapa pemimpin BERSATU didakwa berhubung projek Jana Wibawa bertujuan membantu kontraktor bumiputera.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan mantan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa meminta dan menerima rasuah bernilai RM6.9 juta untuk membantu firma swasta mendapatkan kontrak kerajaan bernilai RM232 juta pada 2022.

Beliau dan Timbalan Ketua BERSATU, Segambut Adam Radlan Adam Muhammad adalah dua orang awal parti itu yang didakwa atas pertuduhan rasuah membabitkan Jana Wibawa, diperkenalkan Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri. – The Vibes, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki