web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan, Tolong Hentikan Pendakwaan Terpilih

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 7:04PM

Beberapa pemimpin kanan Perikatan Nasional menunggu di hadapan ibu pejabat SPRM untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan digesa menghentikan segala amalan pendakwaan terpilih dalam setiap penyiasatan yang dilakukan. 

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini komited menghentikan amalan itu, demi reformasi undang-undang negara. 

"PAS mengharapkan agar Kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang kononnya mahu mereformasi sistem perundangan negara tidak mengamalkan pendakwaan terpilih dan (sikap) 'double–standard' dalam setiap penyiasatan dan pendakwaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Khairil Nizam berkata, PAS yakin tindakan itu hanya sekadar untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap partinya dan Perikatan Nasional (PN), menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan dalam masa terdekat. 

Jelasnya, ia membuktikan parti komponen kerajaan perpaduan berada di ambang ketakutan susulan sokongan padu rakyat terhadap PN, ketika ini.

"PAS yakin, tindakan terdesak kerajaan PH-BN terkini yang melaksanakan penyiasatan, pendakwaan terpilih serta bersikap 'double-standard'  kerana kegilaan dan ketakutan dalam menghadapi PRN. 

"Ia akan diterjemah oleh penolakan rakyat kepada PH-BN dalam PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang," katanya. 

Dalam pada itu, Khairil Nizam memaklumkan, PAS konsisten serta tegas dengan pendirian bahawa amalan rasuah wajib ditolak dalam segenap urusan, sama ada di peringkat pentadbiran kerajaan mahupun organisasi. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, amalan rasuah bertentangan dengan ajaran Islam.

"PAS menyambut baik kenyataan dan ketegasan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyebut bahawa parti dan PN bersedia bila-bila masa untuk sebarang siasatan. 

"Kita juga bersedia untuk diambil keterangan sekiranya ada dakwaan ke atas mana-mana pemimpin dengan syarat, wajib bersikap adil dan tidak pendakwaan terpilih,” tegasnya.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 11.15 pagi ini selepas dipanggil suruhanjaya itu. 

Ahli Parlimen Pagoh tersebut hadir bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Pada masa sama, Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan bahawa Presiden BERSATU itu akan didakwa di mahkamah esok. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok