web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Apa Yang Zalimnya Kerajaan Perpaduan, Anwar Bila Muhyiddin Didakwa?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 7:01PM

Mohammad Agus menasihatkan penyokong Muhyiddin Yassin dan PN agar bersikap terbuka untuk pemimpin mereka menghadapi pendakwaan tersebut seperti mana dilalui Anwar Ibrahim serta Najib Tun Razak - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sentimen meletakkan kesalahan berhubung pendakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas bahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang membimbangkan kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak baik terhadap rakyat dan prestasi Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, lebih merisaukan, apabila kumpulan penyokong Muhyiddin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perikatan Nasional (PN), menggunakan agama serta kaum sebagai isu bagi menarik simpati orang Melayu.

“Kenyataan seperti dakwaan terhadap Muhyiddin bersifat dendam, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) takut pada sokongan orang Melayu, dakwaan terpilih untuk mengalih perhatian bagi menutup isu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan menyeru orang Islam bermunajat menolak kezaliman, adalah perkara bahaya.

“Bahayanya adalah kerana Muhyiddin dan PN akan terus menggunakan sentimen agama dan perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu. Ia boleh mencetuskan rasa tidak selesa rakyat, huru hara, menakutkan pelabur, dan menjejaskan ketenteraman awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dr Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail
Dr Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail

Beliau berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Presiden BERSATU sebelum ini menjadi ‘jaguh’ agar mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa di mahkamah, berikutan terbabit kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan salah guna kuasa. 

Menerusi kenyataan sama, Mohammad Agus mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang mendakwa tuduhan ke atasnya adalah pendakwaan politik terpilih.

“Malah, pagi semalam, ketika Muhyiddin dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk disiasat, penyokongnya menjerit lawan kezaliman, tolak kezaliman, tolak BN, tolak Anwar, Anwar pendendam, hidup Abah, hancur Anwar, hancur PH, bangkit Melayu dan bangkit Islam. 

“Apa yang zalimnya Kerajaan Perpaduan dan Anwar apabila Muhyiddin didakwa? Sejak awal lagi, Perdana Menteri menyatakan tidak akan campur tangan dalam kes sebegini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mendakwa. 

“Saya hairan apabila ada menyatakan dakwaan itu tidak adil, sedangkan semua yang terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan ini, iaitu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara adalah lantikan sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Agus menasihatkan penyokong Muhyiddin dan PN agar bersikap terbuka untuk pemimpin mereka menghadapi pendakwaan tersebut seperti mana dilalui Anwar serta Najib. 

Mohammad Agus turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang mendakwa tuduhan ke atasnya adalah pendakwaan politik terpilih - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Mohammad Agus turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang mendakwa tuduhan ke atasnya adalah pendakwaan politik terpilih - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Walaupun didakwa, menurut beliau, kedua-dua pemimpin terbabit menghadapi tuduhan tanpa mengaitkan dakwaan ke atas mereka dengan Melayu dan agama.

“Selepas itu, tunggu keputusan mahkamah. Mahkamah adalah badan bebas yang berhak menentukan keputusan seadilnya. 

“Tambahan pula, pendakwaan terhadap Muhyiddin adalah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat penyalahgunaan wang rakyat tanpa mengira sempadan politik,” katanya

Mengulas lanjut, beliau berkata, Muhyiddin hanya didakwa, bukannya sudah didapati bersalah sehingga mahkamah memutuskannya.

“Jadi, apa yang perlu kecohnya? Yang perlu kita lakukan sekarang ialah mendokong kerajaan untuk menyelamatkan negara dari rasuah.

“Rasuah salah. Kita patut tangkap perasuah. Jika pemimpin menghadapi tuduhan rasuah, kita bicarakan mereka dengan adil. Jangan jadikan rasuah sebagai modal politik perkauman untuk mengganggu kestabilan politik negara,” katanya.

Dr Mohammad Agus berkata, Muhyiddin Yassin hanya didakwa, bukannya sudah didapati bersalah sehingga mahkamah memutuskannya - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Dr Mohammad Agus berkata, Muhyiddin Yassin hanya didakwa, bukannya sudah didapati bersalah sehingga mahkamah memutuskannya - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Terdahulu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas enam pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti BERSATU dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden BERSATU, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi BERSATU.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti itu, menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM19.5  juta daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff bagi parti berkenaan

Selain itu, Muhyiddin juga didakwa atas dua pertuduhan, iaitu sebagai Presiden BERSATU telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti berkenaan. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan