web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peruntukan RM750 Juta Bagi Program IPR Mencukupi - Rafizi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 9:16AM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan kerajaan berjumlah 750 juta disediakan kepada Kementerian Ekonomi tahun ini untuk program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu 130,000 rakyat golongan termiskin adalah mencukupi.

Menterinya, Mohd Rafizi Ramli, berkata ia kerana kerajaan mengambil pendekatan yang berbeza bagi menguruskan peruntukan itu dengan pemberian bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak secara sekali gus tetapi secara bulanan.

“… jadi pendekatan kita ialah, daripada kita ambil 100,000 (peserta) dan bagi terus (bantuan) RM20,000 ke RM30,000 sekali gus... lebih baik bayar (beri bantuan) kepada mereka setiap bulan. Jadi mereka perlu berada dalam acuan itu dalam tempoh 24 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Naratif Khas dengan topik Inisiatif Pendapatan Rakyat yang disiarkan di RTM, malam tadi.

Pada 24 Feb lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar, Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023, berkata kerajaan akan melaksanakan IPR dengan peruntukan sejumlah RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan bantuan berkenaan.

Program tersebut menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.

Menerusi program itu, peserta boleh membuat permohonan IPR yang terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Justeru, Rafizi berkata bantuan dan kemudahan daripada peruntukan itu akan diberikan kepada peserta bergantung kepada skim kategori pilihan mereka yang telah diluluskan.

“Kalau INSAN mereka akan diberikan mesin layan diri di tempat yang telah dipilih, maksudnya mereka menerima sewaan bulanan yang dibayar terus kepada penyedia mesin layan diri antara RM600 hingga RM800 bergantung kepada jenis mesin... dalam tempoh dua tahun.

“Bagi INTAN pula akan melibatkan kerajaan mengenal pasti tanah, kemudiannya kerajaan kena sediakan kemudahan bersih tanah… dan kemudahan fertigasi, baja secara cecair, serta segala kelengkapan yang ada.

“Kalau IKHSAN, kita bagi ‘top-up’ (pendapatan) kepada mereka. Contohnya individu yang menjaga tandas awam, kutipan hasil selama ini kadang-kadang hanya dapat RM1,000 atau RM800. Jadi kita akan tambah (pendapatan) setiap bulan itu kepada RM2,000 selama 24 bulan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad