web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Prof Choong Yeow Choy Angkat Sumpah Jawatan Pesuruhjaya Kehakiman

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:29PM

Prof Choong Yeow Choy - Gambar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) Prof Choong Yeow Choy hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai pesuruhjaya kehakiman.

Menurut kenyataan daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP), Yeow Choy, 59, telah menerima Surat Cara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai pesuruhjaya kehakiman dalam satu majlis di Istana Kehakiman hari ini.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) UM dan Sarjana Undang-Undang Universiti Harvard serta memiliki ijazah doktor falsafah daripada University of Melbourne.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pengajar, pensyarah, profesor madya dan profesor di Fakulti Undang-Undang di UM, sebelum dilantik sebagai dekan fakulti berkenaan pada 2009.

Yeow Choy juga pernah menjadi profesor tamu di beberapa universiti termasuk National University of Singapore.

Beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada 10 Februari, 2017 hingga 3 September, 2018 serta merupakan fellow Institut Resolusi Pertikaian Alternatif Asia sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Lepasan UM Didenda RM5,000 Akibat Protes Pada Majlis Konvokesyen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula