web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggap Orang Miskin Boleh Diupah Buat Demonstrasi Satu Penghinaan - Hamzah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 8:05AM

Menurut Hamzah Zainuddin, Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan kepada rakyat miskin di negara ini - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa orang miskin boleh dipergunakan pihak terdesak dan diupah untuk menimbulkan kekacauan sebagai tidak wajar.

Menurut Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu, Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan kepada rakyat miskin di negara ini.

“Kenapa mesti dia bawa hal orang miskin yang akan diupah. Saya rasa ini menjadi satu masalah besar dalam negara ini bila pemimpin yang mula berkecamuk fikirannya dengan membuat cerita yang bukan-bukan.

“Dia beranggapan orang miskin ini boleh diupah buat apa sahaja, diupah buat demonstrasi. Saya rasa ini merupakan pemikiran Perdana Menteri yang tidak sepatutnya wujud dalam negara kita,” katanya dalam video yang dikongsi di Facebook beliau.

Kelmarin, Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet berkata, beliau sudah mengarahkan pasukan keselamatan untuk berwaspada kerana mereka yang terdesak dan rasa tercabar akan menggunakan rakyat miskin yang diupah bagi menimbulkan apa-apa kekacauan.

Anwar berkata, kerajaannya tidak akan membenarkan sebarang kenyataan yang boleh mengancam keharmonian, sambil menekankan bahawa Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum mesti kekal aman.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, Anwar perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dihadapi golongan terbabit.

“Cari jalan lain untuk selesaikan masalah, bukan menuduh perkara yang bukan-bukan. Ini boleh menyebabkan anak muda lagi marah.

“Dengan menuduh orang miskin boleh diupah buat demonstrasi jalanan juga boleh menyebabkan orang miskin lagi marah.

“Mereka sekarang makan pun susah, takkan nak suruh bagi upah macam tu (demonstrasi). Mereka sekarang ini nak cari rezeki, macam mana boleh bantu anak, bini dan keluarga,” katanya.

Pada masa sama, Hamzah turut menggesa Anwar untuk menerima hakikat bahawa pengundi muda tidak lagi menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Jangan cakap ikut sedap saja. Sama seperti menteri dia di Kementerian Dalam Negeri (KDN) menuduh golongan belia menyokong PN tidak berpendidikan, tidak berpelajaran.

“Apa salahnya terima hakikat itu dan cari jalan lain selesaikan masalah supaya mereka dapat menyokong semula kerajaan.

“(Perdana Menteri) Dalam kedudukan takut (ketika ini), janganlah sampai keluar perkataan yang boleh menyebabkan rakyat lagi marah,” katanya. - Getaran, 19 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan