web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kes Kematian Dalam Lokap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 8:03AM

Hasanuddin Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR -  Polis sedang melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) yang juga bekas sukarelawan polis ketika dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, 28 Jan lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terlibat selain kecederaan yang mungkin berlaku akibat pergelutan semasa tangkapan.

"Sehingga kini 47 orang saksi telah dipanggil dan dirakam percakapan. Mereka adalah ahli keluarga, pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam tangkapan serta pegawai dan anggota polis yang menjaga lokap.

"(Turut dirakam percakapan) OKT lain yang ada bersama di dalam lokap semasa arwah ditahan dan juga pegawai perubatan daripada Hospital Yan dan Hospital Sultanah Bahiyah, di sini," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata OKT itu, Muhammad Afis Ahmad ditahan pada 27 Jan lepas di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan berkaitan kes curi dan menyamar sebagai anggota polis.

Menurut Hasanuddin sewaktu tangkapan dibuat arwah telah bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis, yang menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka, telinga dan dahi.

"Pada pukul 12.30 tengah malam 28 Jan arwah didapati tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Yan. Pada pukul 1.10 pagi arwah telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas," katanya.

Beliau berkata pada 29 Jan, bedah siasat telah dijalankan oleh pakar pathologi Hospital Sultanah Bahiyah, yang mengenal pasti punca kematian disebabkan oleh 'blunt force trauma' di bahagian kepala, bagaimana pun laporan penuh bedah siasat itu belum diperolehi.

Katanya arwah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai sukarelawan polis di IPD Kuala Muda antara 2013 dan 2014 sebelum ditamatkan perkhidmatan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Arwah juga sebelum ini pernah ditangkap sebanyak lapan kali atas kesalahan dadah dan jenayah serta pernah dikenakan hukuman oleh mahkamah… pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus dan profesional untuk mengenal pasti punca kematian," katanya.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Tak Sabar Mahu Pulang, Tahanan Malaysia Di Guantanamo Tunggu Usaha Diplomatik

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kematian OKT Kenyah Tiada Unsur Jenayah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lagi Tahanan Meninggal Dunia Dalam Lokap - PDRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka