web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelepasan Am Tambahan Bukan Keputusan Populis Dan Merugikan Sektor Swasta - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 12:07PM

Ahmad Maslan berkata pengumuman cuti tambahan berkenaan bertujuan membantu dan mewujudkan suasana perayaan kepada rakyat menjelang sambutan Aidilfitri yang dinanti-nantikan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Langkah pemberian satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri bukan keputusan populis dan kerajaan tidak berniat untuk merugikan sektor swasta, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata pengumuman cuti tambahan berkenaan bertujuan membantu dan mewujudkan suasana perayaan kepada rakyat menjelang sambutan Aidilfitri yang dinanti-nantikan. 

“Saya tidak nampak keputusan ini mengganggu sektor swasta dan saya kira suasana perayaan ini dirasai oleh semua masyarakat. 

“Jadi ia tidak menyusahkan dan merugikan (sektor swasta) dan ia sama seperti pemberian Tol RAHMAH percuma selama empat hari yang bertujuan membantu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama pelanggan dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini, hari ini. 

Baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Datuk Ameer Ali Mydin dalam temu bual di rancangan televisyen tempatan berkata pengumuman cuti am itu menyebabkan syarikatnya menanggung kerugian RM500,000. 

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari kelepasan am tambahan itu bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan hari raya dan pulang ke kampung halaman. 

Pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Aidilfitri akan dibuat pada pukul 8 malam ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada kira-kira 8.7 juta penerima dengan 63,510 daripadanya merupakan penerima tunai di Sarawak. 

Mengenai kawasan liputan ejen bank di negeri ini, Ahmad berkata 98 peratus mukim di Sarawak telah dilengkapi dengan ejen bank BSN kecuali mukim Nanga Merit yang terletak di Kapit. 

“Minggu lepas ada pegawai BSN pergi meninjau untuk ejen bank diletakkan di sana. Tahun ini mudah-mudahan kesemua mukim di Sarawak yang melibatkan kawasan pedalaman akan mempunyai ejen bank BSN,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pembayaran STR Fasa 2 Bermula 3 April - MOF

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Penerima Manfaat STR Beli Keperluan Harian Sempena Promosi Perayaan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

STR Ringankan Beban Perbelanjaan Harian Golongan Kurang Berkemampuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki