web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penerima Manfaat STR Beli Keperluan Harian Sempena Promosi Perayaan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 12:09PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pelbagai promosi oleh pasar raya utama sempena sambutan Tahun Baharu Cina dimanfaatkan pengguna untuk membeli barangan keperluan harian terutama mereka yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1.

Tinjauan BERNAMA di beberapa pasar raya di sini mendapati ramai dalam kalangan penerima telah menggunakan bantuan itu yang mula dikreditkan dalam akaun mereka bermula minggu lalu.

Mereka yang ditemui rata-rata memuji langkah kerajaan menaikkan peruntukan STR yang membantu meringankan beban kos sara hidup.

Pesara tentera dari Chemor, Abd Kadir Soib, 62, berkata, beliau bersyukur tersenarai sebagai penerima bantuan STR.

"Rakyat pada ketika ini memerlukan wang tunai untuk berbelanja barangan keperluan mereka sebab itu saya lihat STR adalah insentif paling efektif dalam memperkasakan rakyat.

"Walaupun saya sudah bersara, anak-anak sudah besar, namun ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan perbelanjaan keluarga saya dan isteri, apatah lagi kos kehidupan pun naik ketika ini, jadi memang membantu," katanya yang membeli barangan basah untuk keluarganya dengan bantuan tersebut.

Bagi kerani syarikat swasta, Noor Shafika Ahmad Husni, 36, langkah kerajaan menaikkan jumlah bantuan daripada RM300 kepada RM500 tahun ini amat wajar.

"Kalau nak ikut cukup, memang tak cukup sebab bagilah sampai RM1,000 pun untuk fasa pertama ini takkan mencukupi, namun apa yang saya boleh katakan kerajaan sangat membantu ringankan beban kami.

"Macam saya ada dua anak masih bersekolah, jadi peluang cuti sempena Tahun Baharu Cina ini saya ambil untuk beli kelengkapan persekolahan mereka, bantuan STR ini dapatlah diperuntukkan untuk anak-anak," katanya.

Seorang lagi penerima, Khalid Aziz, 76, dari Changkat Larang, Lahat berkata, STR ternyata memberi impak yang tinggi dalam merancakkan ekonomi menerusi aktiviti perbelanjaan.

"Kalau tanya warga emas macam saya memang saya bersyukurlah menjadi antara penerima. Saya berdua dengan isteri, jadi kebiasaan akan gunakan untuk perbelanjaan makanan, selain turut dikongsikan bersama cucu-cucu.

"Terima kasihlah kepada kerajaan kerana menyalurkan bantuan kepada rakyat dan saya harap bantuan ini akan berterusan," katanya.

Menurutnya, STR kali ini adalah bantuan tunai tertinggi dalam sejarah yang pernah diberikan kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup.

Bayaran STR Fasa 1 dinaikkan sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum RM300 tahun lalu yang membabitkan peruntukan lebih RM2.1 bilion dan diberikan secara berfasa kepada individu berkelayakan bermula 29 Januari lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pembayaran STR Fasa 2 Bermula 3 April - MOF

2

Semasa 7 bulan yang lalu

STR Ringankan Beban Perbelanjaan Harian Golongan Kurang Berkemampuan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Juta Penerima STR Bakal Terima Bantuan Mulai Isnin - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kelepasan Am Tambahan Bukan Keputusan Populis Dan Merugikan Sektor Swasta - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka