web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Juta Penerima STR Bakal Terima Bantuan Mulai Isnin - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 1:21PM

Lebih lapan juta rakyat dari golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai Isnin depan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih lapan juta rakyat dari golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai Isnin depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memutuskan supaya pembayaran STR 3 disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Menurut beliau, pemberian itu adalah lebih awal berbanding jadual asal iaitu pada Julai 2023.

“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023.

“Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat," katanya yang turut menggalas portfolio Menteri Kewangan.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Kementerian Kewangan berkata, pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion.

“Penerima akan diberikan bantuan berjumlah RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.

“Kaedah pembayaran adalah menerusi akaun bank dan pemberian secara tunai menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya.

Jelas jurucakap itu, penerima yang memiliki akaun bank akan menerima bantuan masing-masing yang dikreditkan antara 26 Jun hingga 5 Julai.

“Penerima yang tidak memiliki akaun bank pula akan menerima bantuan secara tunai pada 26 Jun di semua cawangan BSN,” katanya.

Fasa pertama serta kedua STR katanya, telah disalurkan pada Januari dan April lepas.

“Ketiga-tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023. 

“Pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November 2023,” katanya.

Tambah beliau, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai, sebagai memastikan program STR 3 disasarkan kepada mereka yang layak.

“Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Neger Malaysia (LHDNM). 

“Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my,” katanya. - Getaran, 22 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pembayaran STR Fasa 2 Bermula 3 April - MOF

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Penerima Manfaat STR Beli Keperluan Harian Sempena Promosi Perayaan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

STR Ringankan Beban Perbelanjaan Harian Golongan Kurang Berkemampuan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki