web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


STR Ringankan Beban Perbelanjaan Harian Golongan Kurang Berkemampuan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Jan 2024 8:12PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menyifatkan sumbangan itu dapat meringankan beban perbelanjaan keperluan harian mereka dalam situasi kos sara hidup masa kini.

Ibu tunggal kepada tiga anak, Aminah Dahlan, 64, berkata, duit bantuan itu akan digunakan untuk melunaskan komitmen bulanan seperti bil ulititi, selain bagi membeli barangan asas untuk kegunaan keluarga.

"Pemberian STR ini juga tepat pada waktunya kerana tidak lama lagi kita akan sambut Ramadan, jadi bolehlah guna wang itu untuk beli barangan bagi persiapan puasa dan raya.

"Kerajaan patut teruskan inisiatif seperti ini untuk bantu golongan susah, sebab bantuan macam ini banyak ringankan beban kami golongan ibu tunggal," katanya yang turut bersyukur dengan langkah kerajaan menaikkan nilai STR kali ini.

Pembantu pemasaran, Nur Fatihah Abdul Aziz, 26, turut bersetuju agar bantuan STR ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia amat diperlukan bagi mereka yang tidak mampu bekerja atas faktor kesihatan, selain kepada golongan B40 yang diketahui mempunyai pendapatan terhad.

"Jumlah (bantuan) itu dapat bantu untuk jangka masa pendek...kos hidup tinggi sekarang walaupun duduk di luar bandar. Saya harap STR dapat dinaikkan pada masa akan datang ataupun turunkan sedikit harga barangan," katanya.

Mohamad Faridzul Hakim Mohd Nizam, 25, yang bekerja sebagai seorang pemandu lori pula berkata, langkah kerajaan mewujudkan program STR wajar dipuji kerana ia dapat membantu menampung keperluan keluarga.

"Sebagai pencari nafkah utama dalam keluarga, STR sangat membantu meringankan beban saya. Jadi, langkah ini memang bagus, tetapi pendapat saya kerajaan kalau boleh tapis elok-elok golongan mana yang mampu dan tak mampu sebab ramai lagi yang susah di luar sana," katanya.

Penolong Pegawai Penyelidik di Majlis Bandaraya Ipoh, Nurul Hamizah Nor Ahmad Kefli, 25, pula berkata, bantuan STR yang diterimanya akan disimpan untuk tabung kecemasan.

"Gaji bulanan sebenarnya cuma cukup untuk tampung makan minum harian serta duit minyak pergi dan balik kerja, jadi bantuan disalurkan ini boleh dijadikan simpanan," katanya.

Terdahulu, kerajaan menyalurkan pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima, bermula hari ini.

Pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing- masing - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pembayaran STR Fasa 2 Bermula 3 April - MOF

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Penerima Manfaat STR Beli Keperluan Harian Sempena Promosi Perayaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Juta Penerima STR Bakal Terima Bantuan Mulai Isnin - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kelepasan Am Tambahan Bukan Keputusan Populis Dan Merugikan Sektor Swasta - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka