web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Lambakan Sayur Akan Diteliti - Mohamad Sabu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 10:00AM

Masalah didakwa berlaku apabila pengeluaran sayur tempatan meningkat selepas berakhir musim tengkujuh namun bekalan import masih dibawa masuk ke negara ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Masalah lambakan sayuran yang dilaporkan berlaku di Tanah Tinggi Lojing sehingga menjejaskan kira-kira 500 pekebun akan diteliti oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha melaksanakan langkah penyelesaian berkesan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut berperanan memberikan khidmat nasihat bagi memastikan bekalan sayuran stabil, sekali gus memanfaatkan pekebun tempatan.

"FAMA sekarang ini telah pun membeli sayuran pada harga yang lebih mahal daripada harga pasaran kerana mahu membantu pekebun, namun langkah tersebut tidak membantu dalam jangka masa panjang. 

"Kementerian akan pastikan penyelarasan dibuat bagi seimbangkan bekalan sayuran tempatan dengan sayuran import," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kedah di sini malam tadi.

Mohamad mengulas laporan media tempatan baru-baru ini mengenai pekebun di Tanah Tinggi Lojing terpaksa membuang ribuan tan sayur yang tidak terjual, berikutan didakwa terdapat lambakan bekalan sayur import dari luar negara.

Laporan itu mendakwa masalah itu berlaku apabila pengeluaran sayur tempatan kini meningkat selepas berakhir musim tengkujuh namun bekalan import didakwa masih dibawa masuk ke negara ini.

Mohamad berkata penanaman sayuran tertentu oleh banyak pekebun pada satu-satu musim mengikut harga pasaran juga menjadi antara faktor wujud lambakan itu.

"Kadangkala apabila misalnya (harga) timun mahal, banyak yang akan menanam timun, bila dapat hasil nanti, masa itu berlaku lambakan di pihak pekebun. Pihak FAMA ada juga membantu iaitu membeli dengan harga tinggi tetapi FAMA tidaklah dapat menampung semua," katanya.

Beliau berkata pangkalan data juga sedang dikemas kini bagi membolehkan bantuan dan khidmat nasihat bersesuaian disalurkan kepada pekebun dalam usaha mengatasi masalah lambakan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tiada Kartel Atau Mafia Tentukan Harga Padi, Beras Dan Benih - KPKM

4

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang