web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aspek Kebebasan Media Tunjuk Perubahan Memberangsangkan - Johan Jaafar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 11:50AM

Johan Jaafar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aspek kebebasan media yang menjadi antara tunjang demokrasi, secara keseluruhannya menunjukkan perubahan memberangsangkan di negara ini.

Tokoh wartawan Tan Sri Johan Jaafar berkata lonjakan besar dari aspek itu dilihat berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

“Kita harus faham tiada kebebasan mutlak dalam dunia media, di mana-mana pun tiada. Tetapi secara keseluruhannya, ada perubahan sangat baik berlaku selepas 2018, ada kebebasan yang agak memberangsangkan dari segi media,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, soal kebebasan media perlu bermula dengan iltizam pihak kerajaan untuk media melakukan peranannya sebagai tunggak keempat selepas legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Johan berkata mana-mana media tidak wajar dianggap sebagai menentang kerajaan apabila mereka menyiarkan artikel-artikel yang dilihat kritikal terhadap polisi atau tindakan diambil pihak kerajaan.

Berdasarkan Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 yang dikeluarkan kumpulan bukan berasaskan keuntungan Reporters Without Borders (RSF), Malaysia menduduki tempat ke-113 dari 180 negara, naik enam anak tangga dari tahun sebelumnya.

Menerusi indeks itu, Malaysia menduduki ranking tertinggi dalam kalangan negara ASEAN, mendahului Thailand (115), Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam ( 174) dan Myanmar (176).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini dilapor berkata kebebasan media menjadi antara komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan dengan baik.

Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang bakal diadakan di Ipoh, Perak dari 27 hingga 29 Mei ini turut mengangkat tema ‘Media Bebas dan Selamat, Tunjang Demokrasi’ untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dan juga keselamatan wartawan dalam menjalankan tugas mereka.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata suara media penting dalam memastikan perkara berkepentingan masyarakat diberikan perhatian seperti isu kenaikan harga barangan.

Bagaimanapun, beliau berkata kebebasan media harus dipraktikkan sewajarnya terutama dalam membantu mewujudkan satu bentuk minda keselamatan kepada masyarakat.

“Ini adalah perkara yang penting bagi memastikan negara kita dijaga daripada isu-isu berhubung dengan sensitiviti perkauman, keselamatan dan sabotaj ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Koordinator Latihan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) Imran Noordin menyambut baik keputusan memasukkan elemen ‘selamat’ dalam tema HAWANA 2023 memandangkan cabaran perlu dihadapi wartawan kini telah bercambah dan bukan semata-mata berbentuk ancaman keselamatan fizikal sahaja.

“Cabaran kepada wartawan telah mencambah, bukan lagi semata-mata di tempat kerja tetapi menjurus kepada ancaman seperti buli siber dan ugutan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

2

Semasa 1 tahun yang lalu

150 Pakar, Pemain Industri Berkumpul Pada Forum HAWANA Bincang Masa Depan Media

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wartawan Umpama Adiwira Tangani Berita Palsu - Teo

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambutan HAWANA 2023 Iktiraf Peranan Media Kini Bermula

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang