web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Johor Lengkapkan Siasatan Kes Dera Bayi Di Taska

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 6:11PM

Kamarul Zaman Mamat berkata reman terhadap wanita berusia 21 tahun yang akan berakhir esok, akan disambung bagi mendapatkan bukti lanjut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini, sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata reman terhadap wanita berusia 21 tahun yang akan berakhir esok, akan disambung bagi mendapatkan bukti lanjut.

"Kami akan sambung reman bagi melengkapkan siasatan untuk mendapatkan beberapa bukti lagi dan apabila selesai siasatan termasuklah laporan daripada pihak perubatan, kami akan bawa kertas siasatan ke pihak pendakwa raya untuk nasihat lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan dua anakandanya Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa video tular adalah video lama, Kamarul Zaman berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu, sambil memaklumkan tiada laporan baharu diterima oleh mana-mana ibu bapa berhubung kes dera sama ada membabitkan individu yang sama atau sebaliknya.

Pada Isnin lepas, tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.

Susulan itu, seorang wanita tempatan direman empat hari mulai 16 Mei untuk membantu siasatan kes mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-kanak 2001. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi Lelaki 8 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 18 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah