web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beberapa Pegawai Ditukar Dalam Pembersihan Kementerian Sumber Manusia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 9:56AM

Mohd Zuki Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan ‘pembersihan’ di Kementerian Sumber Manusia sudah dimulakan dengan dua pegawai kanannya ditukar dan lebih ramai ketua dijangka digugurkan.

Difahamkan, dua pegawai itu, termasuk seorang ketua jabatan, dihantar ke POOL (Jawatan Kumpulan) yang ‘ditakuti’ penjawat awam terbabit, seperti diluluskan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dipercayai punca pertukaran mereka adalah susulan isu pengambilan pekerja asing yang menyaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu daripada kemententerian itu.

Mereka termasuk pembantu peribadi Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan ejen pengambilan pekerja asing.

Sivakumar sendiri sudah disoal siasat selama enam jam, tetapi tidak ditahan.

Kesemua individu ditahan itu kemudian dibebaskan selepas perintah reman tamat.

Terdahulu, KSM mendapat perhatian meluas susulan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan memudahkan pengambilan pekerja asing yang menjadi antara keutamaan awal ingin dilaksanakan beliau.

Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di bawah kementerian itu juga menjadi ‘berita panas’ berikutan pendedahan dibuat seorang Ahli Lembaga Pengarahnya menuduh Ketua Eksekutif mengelirukan lembaga itu dalam program Skills Pasport (Pasport Kemahiran). – The Vibes, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

4

Semasa 8 bulan yang lalu

ABMS Jadi Panduan KSM Perkukuh Tadbir Urus, Tangani Risiko Rasuah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 13 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah