web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantu Rakyat Palestin, MB Kedah Lelong Kereta Kesayangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 5:10PM

Kereta Volvo yang ingin dilelong MB Kedah bagi mengutip dana untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. - Gambar dari Facebook Muhammad Sanusi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mempelawa orang ramai untuk membida salah sebuah kereta kesayangannya bagi membantu mengutip dana untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Menurut Muhammad Sanusi, sebagai permulaan, bidaan dibuka pada RM55,000 untuk kereta jenis Volvo XC60 3.0cc AWD T6 keluaran 2010 miliknya itu.

Katanya, hasil penjualan kereta tersebut akan dimasukkan ke Tabung #Aid4Palestin yang ditubuhkan kerajaan baru-baru ini.

“Saya beli kereta ini pada 2018 dengan harga RM60,000. Sejak itu saya buat pembaikan dan tukar alat gantinya kepada yang asli sedikit demi sedikit sampaikan pemanduannya terasa seperti kereta baharu.

“Nak bagi sedap dan elok macam sekarang ini pun habis kira-kira RM25,000. Pendek kata kereta ini tip-top dan tiada apa yang perlu diperbaiki kecuali penyerap hentak belakangnya yang lembut sikit,” katanya di laman Facebooknya di sini, hari ini.

Pada 1 Syawal lalu, Muhammad Sanusi turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM200,000 dari kerajaan negeri kepada #Aid4Palestine.

#Aid4Palestine ditubuhkan kerajaan bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat negara ini terhadap perjuangan Palestin dengan sasaran dana sebanyak RM1 juta.

Muhammad Sanusi menambah, bidaan tersebut dibuka selama tiga hari dengan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik bidaan ditutup pada 18 Mei 2021, jam 3 petang.

“Kereta ini saja yang dah selesai hutang bank. Sayang sangat pada kereta ini tetapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin.

“Sesiapa yang berminat boleh mesej secara terus di Facebook. Mereka yang serius boleh sertai bidaan ini manakala yang tak serius, tak payah kacau daun,” katanya. - Getaran, 15 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki