web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kediaman Diserbu, Hamzah Ambil Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 4:05PM

Hamzah Zainuddin - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal mengambil tindakan undang-undang selepas kediamannya diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu juga enggan melayan sebarang dakwaan yang timbul susulan serbuan berkenaan.

Tegasnya, motif serbuan dan penggeledahan ke atas kediamannya di Damansara itu masih belum dikenal pasti.

“Serbu itu bagaimana maksudnya, siapa yang gunakan perkataan serbu? Saya nak maklumkan sudah banyak serangan fitnah yang dilakukan terhadap saya.

"Saya tidak mahu menjawab kepada semua fitnah (atau) berita yang sudah pun disebarkan luas dalam negara kita,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau menyatakan demikian ketika ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Marang di pekarangan Pasar Binjai Rendah di Marang, Terengganu malam tadi.

Mantan Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mengumpulkan semua berita rasmi atau tidak, termasuk di saluran media sosial berhubung serbuan berkenaan.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, beliau akan membuktikan bahawa semua serangan ditujukan terhadapnya dan barisan kepemimpinan PN adalah fitnah untuk memburukkan gabungan berkenaan.

“Kita tengok sehinggalah sampai masa, saya akan akan gunakan, Insya Allah, dalam pilihan raya negeri nanti saya buktikan apa yang berlaku ini adalah fitnah.

"la hanya semata-mata nak memburukkan nama pemimpin PN. Bukan hanya Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin lain daripada PN,” katanya.  

Kediaman Hamzah sebelum ini diserbu dan digeledah pegawai LHDN, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan berkenaan. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Didakwa Lagi, Tuduhan Rasuah Berkaitan Tender PDRM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Terima Rasuah RM350,000, Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Politik 11 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan