web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PRN: Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Pihak Sebar Sentimen 3R - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 7:30PM

Fahmi bercakap pada sidang media Kempen Peningkatan Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Perhubungan 2023 di Perumahan Pantai Permai hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menyebarkan sentimen atau bahan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) pada Pilihan Raya Negeri nanti.

Beliau berkata tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikan tanpa mengira daripada mana-mana kumpulan.

“Tidak timbul persepsi bahawa hanya individu daripada kumpulan tertentu sahaja yang ditahan dan disiasat.

“Saya beri peringatan dan amaran tegas kepada semua, jangan sesekali membuat sebaran bersifat 3R. Jika kamu buat, maka bersedialah berhadapan dengan pihak berkuasa dan undang-undang Malaysia,” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan di Perumahan Pantai Permai di sini hari ini.

Fahmi berkata demokrasi negara tidak seharusnya dicemarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab atas alasan ia merupakan hak dan kebebasan bersuara seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Di Malaysia, didapati ada pihak-pihak tertentu yang secara tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan bahan 3R terutama pada PRU15. Ini tidak akan berlaku lagi.

“Kita tidak mahu demokrasi disalah guna atas dasar kebebasan bersuara untuk pihak tidak bertanggungjawab ini mengulangi sikap mereka pada PRU15 lepas untuk menyebar bahan yang sangat merosakkan keharmonian dan akidah rakyat,” katanya.

Bagi mengekang penularan bahan bersifat 3R, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diarah untuk mempertingkat usaha pemantauan semasa PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 9 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 6 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara