web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


650,000 Rakyat Selangor Perlu Diberi Air Percuma Secara Automatik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 7:20PM

Menurut Dr Ahmad Yunus Hairi, beliau pelik kerana hanya 46.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang akaun yang layak sahaja berdaftar, seolah-olah program tersebut kurang mendapat sambutan daripada rakyat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor digesa memberikan air percuma secara automatik di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) dan Skim Selangor Free Water Apartment (SAFWA) kepada kira-kira 650,000 pemegang akaun yang layak.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, setakat ini, hanya 301,453 akaun sahaja yang sudah memohon dan berdaftar untuk mendapatkan kemudahan air percuma.

Menurutnya, beliau pelik kerana hanya 46.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang akaun yang layak sahaja berdaftar, seolah-olah program tersebut kurang mendapat sambutan daripada rakyat.

“Benarkah rakyat tak terliur dengan air percuma atau kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang tidak ambil berat dengan keperluan asas rakyat?

“Malah adakah kerajaan PH mahu mengurangkan peruntukan untuk keperluan rakyat dengan helah menyukarkan permohonan?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus menegaskan, kerajaan Selangor sepatutnya menghapuskan karenah birokrasi sekiranya benar-benar ikhlas mahu membantu golongan susah dan memerlukan. 

“Sebagai perbandingan, semasa Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, hampir 1.6 juta pemegang akaun menikmati pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.

“Kos pemberian air percuma semasa era pentadbiran Abdul Khalid adalah RM180 juta setahun manakala SADE pula melibatkan kos RM40 juta setahun,” katanya. 

Bagaimanapun, Ahmad Yunus berkata, kerajaan Selangor ketika ini pula memberi alasan bahawa penjimatan itu dilakukan agar lebihan kewangan berkenaan mampu disalurkan kepada program kebajikan rakyat yang lain. 

“Rakyat sudah bosan dengan alasan sebegini kerana sedia maklum Selangor adalah sebuah negeri kaya, simpanan pun banyak tapi masih mahu usik kebajikan rakyat. 

“Sehubungan itu, saya menyeru rakyat Selangor beralih menyokong Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan kebajikan mereka tidak terus diabaikan oleh kerajaan PH,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad