web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemenangan Kes Sulu Kejayaan Bermakna Buat Malaysia - Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 2:00PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan diberikan ke atas Malaysia dalam kes tuntutan lapan individu mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultan Sulu adalah satu kejayaan yang cukup bermakna.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran ringkas di Facebook berkata, kemenangan tersebut amat bermakna buat negara.

Beliau menerusi hantaran sama turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perundangan mewakili negara dan menteri berkenaan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Kemenangan yang cukup bermakna dan penting untuk Malaysia. 

“Tahniah kepada pasukan Malaysia yang diketuai oleh pengerusinya, DS (Datuk Seri Azalina Othman Said yang telah bertungkus-lumus memastikan kedaulatan Malaysia terus terpelihara,” katanya.

Semalam ketika berada di Vientiane, Laos, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion).

Beliau membuat pengumuman itu sebelum berlepas pulang ke tanah air semalam.

“Menang, Alhamdullillah. Dapat menamatkan satu episod yang tidak baik untuk negara yang mencabar kedaulatan Malaysia. 

“Mereka gagal, kita syukur Alhamdulillah," katanya kepada media Malaysia.

Azalina pada 23 Jun lalu memberitahu, beliau optimis Malaysia bakal meraih kemenangan dalam kes terbabit, berdasarkan fakta dan bukti yang jelas menyebelahi negara.

Katanya, keyakinan itu disuarakan oleh barisan peguam lantikan Malaysia. 

“Saya kini berada di Madrid, Sepanyol bersama-sama wakil Pejabat Peguam Negara (AGC), Peguam  Cara Negara II Datuk Almalena Sharmila dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa.

“Saya telah mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada tiga peguam yang mewakili Malaysia (Uria Menandez, Sepanyol; Bredin Prat, Perancis; Fietta LLP, U.K) dalam kes tuntutan ini sementara menunggu keputusan Mahkamah Hague pada 27 Jun 2023,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu pada 7 Jun lalu, beliau mengumumkan, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020,  dalam kes berkenaan.

Azalina dipetik sebagai berkata, keputusan tersebut bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

“Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

“Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan nyata buat Malaysia dalam perjuangan mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia percaya keputusan berkenaan akan menghentikan usaha penuntut serta pembiaya mereka iaitu Therium untuk menguatkuasakan award tidak sah itu serta cuba mendapatkan pampasan yang besar daripada Malaysia.

“Antara strategi agresif penuntut sebelum ini ialah menyasarkan aset-aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk kedutaan negara ini) atas alasan ia adalah sebahagian daripada award yang diperoleh,” katanya. - Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'