web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mesyuarat Perkasa Unit Pemantauan 3R Dengan KPN Minggu Hadapan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 8:24PM

Fahmi Fadzil - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Satu mesyuarat untuk memperkukuh dan memperkasakan unit terselaras pemantauan berkaitan isu 3R (raja, agama dan kaum) akan dilaksanakan bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain minggu hadapan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata mesyuarat berkenaan akan membincangkan bagaimana unit pemantauan itu akan beroperasi selama 24 jam setiap hari.

Fahmi berkata keperluan menubuhkan unit berkenaan juga berikutan tindakan yang dilakukan oleh sesetengah individu untuk menimbulkan sedikit rasa gusar berikutan penahanan seorang tokoh politik yang telah ditahan polis. 

“Sewaktu individu tersebut ditahan pihak berkuasa, saya dimaklumkan sekitar tengah malam hari yang sama telah tersebar dalam aplikasi TikTok gambar beberapa orang lelaki duduk di satu meja bersama peranti berserta gambar individu (tokoh politik yang ditahan) dan di satu sudut meja terdapat senjata kapak serta keris.

“Bagi saya sekalipun gambar ditunjukkan, ini ialah ugutan jenayah dan saya berterima kasih kepada pihak TikTok kerana tanpa diarah serta diminta, mereka telah mengenal pasti kandungan itu dan segera menurunkannya,” katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti MADANI Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini.

Fahmi dimaklumkan setakat ini, belum ada laporan polis diterima berhubung insiden itu, namun perkara berkenaan boleh dirujuk kepada perhatian Bukit Aman.

Fahmi Fadzil (tengah) bergambar bersama penerima watikah ketika menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Komuniti MADANI Zon Tengah Negeri Selangor 2023 - gambar BERNAMA
Fahmi Fadzil (tengah) bergambar bersama penerima watikah ketika menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Komuniti MADANI Zon Tengah Negeri Selangor 2023 - gambar BERNAMA

Dalam pada itu, Fahmi menegaskan isu berkaitan 3R tidak boleh disandiwarakan semata-semata untuk kepentingan politik masing-masing kerana telah difahami rakyat Malaysia berpegang utuh kepada prinsip kedua dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Kita sebagai rakyat Malaysia yang matang dan bertamadun seharusnya menolak sekeras-kerasnya tindakan mana-mana pihak yang mempersendakan isu 3R. Saya tegaskan sekali lagi, sebarang isu berkaitan 3R hendaklah dihentikan serta-merta,” katanya.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan satu unit terselaras antara agensi penguat kuasa dan penyedia platform media sosial bagi menangani isu berkaitan 3R melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengulas sama ada kementerian itu akan membantu vendor serta artis tempatan yang dilaporkan mengalami kerugian berikutan pembatalan penganjuran Festival Good Vibes 2023, Fahmi berkata MyCreative Ventures Sdn Bhd, iaitu sebuah badan kerajaan akan meneliti situasi berkenaan bagi membantu mereka yang terlibat.  

Semalam, Fahmi menerusi catatan di Facebooknya mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki sehingga hari ini dibatalkan serta-merta selaras dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah