web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah VLN, 2 Lelaki Dicekup SPRM 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 6:28PM

Kedua-dua suspek dipercayai menerima rasuah melebihi RM100 juta - gambar SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gara-gara menerima rasuah untuk meluluskan permohonan visa rakyat asing, dua lelaki dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam. 

Sumber SPRM berkata, seorang daripada suspek tersebut bertugas sebagai pegawai penguatkuasa di sebuah Suruhanjaya Tinggi, manakala individu kedua yang ditahan ialah Pengarah Urusan syarikat pembekal tenaga kerja. 

Menurut beliau, Pengarah Urusan itu dipercayai bersekongkol pegawai agensi penguatkuasa terbabit. 

“Permohonan visa itu melibatkan rakyat Bangladesh yang kononnya memasuki Malaysia untuk melancong. 

“Suspek dipercayai bersubahat dengan agensi pekerjaan di Bangladesh dan Malaysia,” katanya kepada Getaran di sini hari ini. 

Jelas sumber, siasatan mendapati mereka dengan sengaja menyalahgunakan Visa Luar Negara (VLN) membawa masuk rakyat Bangladesh untuk bekerja di Malaysia sejak 2021. 

Kedua-dua suspek itu katanya, melakukan perbuatan tersebut sejak 2021 dan dipercayai menerima bayaran antara AS$300 (RM1,366) hingga AS$500 (RM2,277) bagi setiap kelulusan VLN. 

“Jumlah rasuah diterima dianggarkan melebihi RM100 juta, walaupun pembayaran visa ditetapkan kerajaan hanya RM105 sahaja,” katanya. 

Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek - gambar fail
Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek - gambar fail

Getaran difahamkan, kedua-dua mereka yang berusia lewat 30an itu ditahan sekitar jam 6 petang semalam, ketika diminta hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. 

Sumber berkata, pegawai agensi penguatkuasa itu adalah yang ketiga ditahan bagi membantu siasatan Op Taka sejak ia dilancarkan April lalu. 

“Operasi berkenaan dilaksanakan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya. 

Susulan penahanan tersebut jelasnya lagi, Majistret Mageshwary A/P Muniandy telah membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga Isnin depan. 

“Permohonan reman dikemukakan SPRM di Mahkamah Shah Alam hari ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad