web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dasar 'Affirmative Action' Diteruskan, Tambah Baik Ikut Tahap Sosial Rakyat - Rafizi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 8:01AM

Debat antara Rafizi Ramli dan Mohd Syahir Che Sulaiman bersiaran pada jam 9.30 malam tadi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar yang memberi penekanan kepada tindakan pengkukuhan atau affirmative action akan diteruskan.

Mwmberi jaminan itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dasar tersebut akan ditambah baik dengan mengambil kira tahap sosial dan juga kumpulan rakyat bagi memastikan semua pihak mendapat keadilan ekonomi yang sewajarnya.

"Jadi soal affirmative action ataupun bantuan seperti yang telah dijamin di dalam perlembagaan kita ialah soal memastikan setiap anak-anak kita yang ada potensi mendapat keadilan sosial dan keadilan ekonomi untuk dibantu.

"Sebab itu ia tidak boleh dilihat semata-mata dari lensa parity (persamaan) semata-mata yang tidak mengambil kira banyak lagi faktor-faktor lain," katanya ketika menjawab soalan Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman mengenai pilihan diambil kerajaan, sama ada meneruskan dasar affirmative action ataupun meritokrasi dalam konteks membangun ekonomi negara.

Mohd Syahir bertanya soalan itu pada program Debat Model Ekonomi Baru yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan Astro Awani malam tadi.

Debat yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit itu membincangkan soal isu pembangunan ekonomi negara.

Sebelum ini, Rafizi secara terbuka menjemput beberapa nama besar seperti Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Jemputan itu bagaimanapun tidak diterima, sebelum ia dipanjangkan kepada Mohd Syahir Che Sulaiman, yang secara sukarela bersetuju untuk berada sepentas dengan Rafizi bagi membincangkan hala tuju ekonomi Malaysia.

Poster debat yang dicetak sebaik sahaja Mohd Syahir menyatakan persetujuan - gambar fail
Poster debat yang dicetak sebaik sahaja Mohd Syahir menyatakan persetujuan - gambar fail

Rafizi berkata, kerajaan kini dalam usaha memastikan pertumbuhan ekonomi negara berada di landasan yang betul, seiring pembentangan pelan Ekonomi Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata, punca masalah sebelum ini adalah disebabkan kelemahan tadbir urus dan pengagihan bantuan yang tidak menjurus kepada golongan sasar.

Kerajaan jelasnya, akan memastikan bantuan kepada golongan sasar dapat diberikan termasuk bantuan pendidikan. 

"Yang masalahnya adalah sekiranya di sebalik affirmative action, di sebalik meritokrasi ini disalahgunakan untuk kumpulan tertentu yang akhirnya mendapat kelebihan sehingga menidakkan kumpulan atau anak lain yang selayakannya juga patut dapat mendapat bantuan daripada kerajaan, itu isu dia.

"Jadi dia tak timbul soal perkara pokok, dia timbul beberapa perkara tentang perincian, tetapi yang lebih penting ialah soal bagaimana kerajaan kita membina lebih banyak infrastrukrur, sekolah, universiti. Kalau universti itu cukup dan dapat memberikan ruang yang sepenuhnya kepada jumlah anak lepasan SPM yang semua cemerlang, maka tidak timbul soal affirmative action atau meritokrasi ini

"Kerana tempatnya mencukupi. Dia jadi isu apabila kedudukan kewangan negara kita ini semakin lemah sehingga menyebabkan kerajaan tidak ada kemampuan untuk menyediakan kemudahan dan peluang kepada seberapa ramai yang mungkin. Sebab itu akan akan timbul kuota, soal kena beratur dan sebagainya," katanya.

Mohd Syahir Che Sulaiman - gambar fail
Mohd Syahir Che Sulaiman - gambar fail

Beliau menarik perhatian, usaha mengatasi semua permasalahan ini sedang berjalan di bawah pemerintahan kerajaan sedia ada.

Kata Ahli Parlimen Pandan itu lagi, semua dasar ini adalah tanggungjawab kerajaan dalam memastikan setiap lapisan rakyat mendapat peluang yang sama rata dan sewajarnya.

"Kami akan meneruskan dan menambah baik dasar yang bersabit dengan memberi keadilan sosial mengikut keperluan dan juga kumpulan.

"Ia berbalik kepada perbahasan asal kita, apakah model ekonomi yang kita perlukan supaya dengan kedudukan kewangan yang lebih mampan, itu membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak untuk membina infrastruktur pendidikan, peluang perniagaan supaya kita boleh luaskan, kerana itu akhirnya juga membantu untuk memperkuatkan struktur ekonomi," katanya. - Getaran, 10 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan