web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rupanya Zaitoun Tak Ada Permit Menjaja, Sebab Itu Disita - DBKL

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 5:01PM

Premis menjual manisan Arab, Zaitoun disita DBKL semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penutupan sebuah kedai menjual manisan Arab di sekitar Bukit Bintang di sini dibuat kerana premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk sebarang aktiviti menjaja.

Jurucakap DBKL berkata, agensi itu melalui Jabatan Penguatkuasaan terlebih dahulu telah menjalankan pemantauan di premis tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut.

Menurut beliau, premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). 

Siasatan mendapati premis dfikendalikan warga asing tanpa permit yang sah - gambar Facebook
Siasatan mendapati premis dfikendalikan warga asing tanpa permit yang sah - gambar Facebook

“Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

“Susulan daripada hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan semalam di premis terbabit,” katanya.

Penguatkuasa DBKL menulis notis penutupan dalam operasi semalam - gambar Facebook
Penguatkuasa DBKL menulis notis penutupan dalam operasi semalam - gambar Facebook

Jelas jurucakap itu, satu notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dari DBKL.

“Premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta merta (SEALED) di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.

Beliau memberitahu, DBKL menerusi operasi sama turut menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis yang lain. 

“Hasil pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis tersebut telah meletakkan dua meja kayu bulat dan empat kerusi di atas siar kaki di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.

“Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja tersebut yang telah menyebabkan halangan di tempat awam di bawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” katanya. 

Tegas jurucakap itu lagi, tindakan dan pemantauan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. 

“Untuk sebarang aduan, orang awam boleh menyalurkan melalui portal ADU@KL di laman sesawang http://adukl.dbkl.gov.my,” katanya.

Penguatkuasa menggantung notis penutupan di premis terbabit - gambar Facebook
Penguatkuasa menggantung notis penutupan di premis terbabit - gambar Facebook

Penutupan premis dikenali sebagai 'Zaitoun' itu sebelum ini mencetuskan tanda tanya kerana didakwa berlaku secara tiba-tiba, tanpa sebarang notis atau pemberitahuan.

Kedai tersebut sememangnya amat terkenal, bukan sahaja kerana menawarkan pelbagai pilihan manisan Arab, tetapi turut mewajibkan 'pembeli' berjoget' terlebih dahulu sebelum menerima pesanan masing-masing.

Aksi pelanggan 'bergelek', yang majoritinya kaum wanita juga kerap dimuat naik di media sosial, hingga mengundang kecaman ramai. - Getaran, 20 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini