web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza Boleh Jejas Perpaduan - Aaron

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 6:21PM

Penggunaan logo dan tema Hari Kebangsaan yang sama mampu memupuk semangat cintakan negara. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebarang cadangan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza, adalah salah satu daripada defisit sosial yang dikenal pasti mampu menjejaskan perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Aaron berkata cadangan itu turut membantutkan usaha kerajaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari, yang dilaporkan berkata empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza, untuk memperingatinya di peringkat negeri.

“Ia berkait rapat mengenai semangat kerjasama, toleransi dan hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, yang perlu ditangani secara berhemah.

“Seharusnya pemimpin di setiap peringkat hendaklah memainkan peranan penting sebagai pemangkin perpaduan, termasuklah tadbir urus di peringkat Persekutuan dan negeri melalui aspek sempadan politik, ekonomi dan sosial,” katanya.

Media melaporkan Ahmad Fadhli berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN semalam, iaitu ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini mengumumkan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.

Aaron berkata tema HKHM 2023 yang dilancarkan pada 27 Mei lepas itu membawa maksud semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi, serta membenihkan rasa cinta yang mendalam kepada negara.

Beliau berkata setiap rakyat di negara ini sedia maklum bahawa, sambutan yang diadakan saban tahun itu diraikan dengan semangat patriotisme dan cinta kepada negara, bagi mengenang jasa pejuang kemerdekaan terdahulu, yang telah bersusah payah memastikan Malaysia terus bebas merdeka dari cengkaman penjajah.

“Sambutan Hari Kebangsaan merupakan suatu perayaan bersifat nasional. Logo dan tema yang ditetapkan menjadi lambang kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Aaron turut mengajak semua pihak untuk saling membantu dalam meningkatkan tahap kesepaduan nasional dan berganding bahu, memastikan usaha tersebut dapat dicapai dengan dengan kadar optimum, kerana perpaduan yang utuh menjadi tunjang kepada pembinaan Malaysia yang maju, sejahtera serta makmur.

“Usahlah kita menjadi pencetus kepada perpecahan atau ketidaksefahaman dalam kalangan rakyat. Ia bukan soal untuk mencari siapa yang lebih dan siapa yang kurang, siapa yang baik dan siapa yang buruk, tetapi ia lebih bersifat saling menguatkan bersama tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mascot, Wad Pediatrik Berwajah Baharu Ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan KPJ Klang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi