web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal Oyen…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2023 8:07AM

Oyen menghembuskan nafas terakhir semalam kerana jangkitan FIV - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemunculannya sebentar cuma, namun cukup menjentik hati.

Ketika negara digemparkan dengan tragedi pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu, makhluk ini tampil mencuri hati ramai.

Walaupun hanya seketika, ia amat memberi kesan, khususnya kepada pencinta haiwan.

Tubuhnya yang luka parah diselamatkan sekumpulan petugas ambulan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika berada di lokasi kejadian.

Dikenali sebagai ‘Oyen Elmina’, Si Comel itu sewaktu ditemui mengalami luka di bahagian kiri badan, malah kulitnya juga terkoyak lebih 14 sentimeter di bahagian rusuk, dipercayai berpunca daripada nahas terbabit.

Haiwan berkenaan kemudiannya dihantar kumpulan petugas ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut di sebuah klinik veterinar, dikenali sebagai Zul Erwan Veterinary Clinic.

Selepas menerima rawatan, Oyen dilaporkan berada dalam keadaan stabil, malah menjadi tumpuan untuk proses adopsi, sehingga memaksa pihak klinik memuat naik hantaran bagi memaklumkan Si Bulus itu sudah dimiliki.

Namun kini segalanya hanya kenangan.

Oyen sudah tiada.

Dr Zulerwan menerusi satu hantaran semalam memberitahu, Si Comel tersebut didapati positif feline immunodeficiency virus (FIV).

Turut dikenali sebagai Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) Kucing, ia membuatkan sistem imun badan Oyen terganggu.

Oyen ketika dirawat selepas ditemui dalam keadaan parah di lokasi tragedi Elmina - gambar Facebook
Oyen ketika dirawat selepas ditemui dalam keadaan parah di lokasi tragedi Elmina - gambar Facebook

Virus berbahaya itu sememangnya sukar dirawat, malah peratus kematian juga amat tinggi.

Jelas Dr Zul, sistem imunisasi Oyen terjejas akibat serangan virus berkenaan.

“Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak,” katanya.

Menurut beliau, Oyen mulai kelihatan lemah selepas dijangkiti dan gagal bertahan, walaupun rawatan telah diberikan sebaik mungkin.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” katanya.

Hantaran terbabit setakat ini menerima 539 perkongsian, dengan majoriti netizen menzahirkan rasa sedih atas kematian Si Comel itu.

Mereka turut tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada petugas klinik dan Dr Zul Erwan kerana bertungkus lumus merawat haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu. - Getaran, 28 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Aduh Buat Hal La Motor Ni...

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

4

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Berapalah Upah Oyen Dapat Ni

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad