web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketepikan Projek Mega, Inisiatif Kerajaan Bantu Fasiliti Peniaga Kecil Jadi Sebutan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 8:08AM

Inisiatif Perdana Menteri yang mengutamakan kebajikan peniaga kecil dan rakyat menerima pujian ramai - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tatkala jentera pentadbiran Kerajaan Perpaduan ‘dihentam’ dengan pelbagai tuduhan dan cemuhan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menerima pujian, atas keprihatinan diberikan.

Pelbagai inisiatif yang dirangka untuk membantu golongan peniaga kecil, khususnya peniaga makanan dan minuman di medan selera menjadi perhatian, apatah lagi selepas ia berhasil mencapat objektif disasarkan.

Di platform X, akaun @SuaraOfRakyat memuat naik video yang memaparkan inisiatif Perdana Menteri menaik taraf medan selera di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat bagaimana fasiliti yang dahulunya amat tidak selesa, panas dan daif telah diperbaiki, bagi menjadikan ia lebih mesra pelanggan.

Berlatar belakang Bandar Sri Permaisuri di sini, sebuah medan selera berubah wajah hampir 100 peratus demi keselesaan pelanggan dan kebajikan peniaga.

Kemudahan yang dahulunya bermandi terik matahari dan terdedah kepada hujan kerana tidak berbumbung, kini bukan sahaja terlindung daripada cuaca buruk, malah turut dilengkapi pengaliran udara, termasuk kipas berkualiti tinggi.

Kawasan sekitar juga semakin bersih, manakala bangunan yang dahulunya hanya dilapisi cat usang dan kusam  dihiasi warna terang serta mural menarik, bagi membangkitkan suasana ceria.

Hantaran berkenaan turut dipersetujui seorang netizen, dikenali sebagai harumichi.

Menggunakan akaun @jaja_shs11 dia berkata, perkembangan sama berlaku ke atas Pasar Penjaja Jalan Wirawati di Kampung Pandan, di sini.

Memuat naik video terkini premis itu, dia berkongsi keadaan sekitar yang memperlihatkan betapa selesanya pusat terbabit selepas dinaik taraf.

Sementara itu di TikTok, akaun @minda.presiden turut berkongsi video Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri.

Menerusi video terbabit pengendali akaun menjelaskan, kawasan berkenaan dahulunya tidak berbumbung, menyebabkan pelanggan lebih memilih untuk membeli secara bungkus, berbanding makan di situ.

@minda.presiden Keutamaan PMX untuk meningkatkan keselesaan Peniaga Kecil dan membina ekonomi mereka. PMX tak perlu buat menara tinggi, tapi dia nak rakyat dibawahnya terbela tak kira dari T20 sampailah B40, tak kira bangsa, dan latar belakang. Kita semua anak Malaysia. #merdeka #fyp #pakatanharapan #anwaribrahim #kerajaanperpaduan #barisannasional ♬ original sound - Minda Presiden

“Dahulu tempat ni tak ada bumbung, jadi panas kepada pengunjung.

“Inilah keadaannya sekarang apabila PMX (Anwar) datang dan menjiwai perasaan rakyat,” katanya. - Getaran, 29 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Politik 6 bulan yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah