web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanser Mengubah Hidup, Ibu Muda Aktif Kini Terlantar Tidak Berdaya

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2023 8:24PM

Muhammad Asmadi Ahmad mengusap wajah isterinya, Nurul Suhaida Othman di kediaman mereka di Alor Setar. gambar Rafisqi Radhi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Satu ketika dulu, Nurul Suhaida Othman, 28, selaku suri rumah cukup cekap mengendalikan segala keperluan rumah tangga.

Bukan hanya mengurus hal ehwal rumah dan persekolahan anak-anak, wanita itu malah sentiasa bersedia menjadi tulang belakang menyokong suaminya, Muhammad Asmadi Ahmad, 32, seorang pemandu jentolak.

Dengan pendapatan hanya RM70 sehari, Nurul Suhaida gigih membantu suaminya mencukupkan apa yang kurang, menambah jika perlu.

Semua itu bagaimanapun tinggal kenangan, yang tidak mungkin akan berulang.

Kanser paha yang dideritai meragut kebahagiaan Nurul Suhaida, apabila dia kini hanya terlantar tidak berdaya tanpa mampu berbuat apa-apa, walaupun untuk membersihkan dirinya sendiri.

Luahnya, komplikasi kesihatan dialami amat memberi kesan kepada mereka sekeluarga, kerana suaminya tidak lagi dapat bekerja lantaran perlu memberi tumpuan kepada dua anak mereka yang berusia sembilan dan dua tahun.

Jelas ibu muda itu, Muhammad Asmadi juga perlu membahagikan masa untuk menjaga abangnya yang juga mengalami masalah kesihatan.

“Sekarang ini memang saya perlu dibantu untuk melakukan segalanya termasuk bagi membersihkan diri, makan, menukar pakaian serta mencuci luka di paha akibat kanser yang menyerang. Disebabkan itu, suami tidak dapat bekerja setiap hari bagi memberi tumpuan kepada saya dan anak-anak iaitu Afiq Haiqal, 9, dan Nur Qaseh Syifa Aryana, 2.

"Tetapi untuk hidup, tak bolehlah suami hanya duduk saja di rumah melayan kami dan dia perlu juga bekerja. Maka apabila sampai masanya dia perlu bekerja, anak sulung kami tidak akan ke sekolah bagi menggantikan peranannya di rumah untuk menguruskan saya serta adiknya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Nurul Suhaida ceria menerima kedatangan Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal (kanan) bersama sukarelawannya, Datin Norasimah Hamid di kediamannya di Kampung Nawa, Alor Setar, hari ini. gambar Rafisqi Radhi
Nurul Suhaida ceria menerima kedatangan Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal (kanan) bersama sukarelawannya, Datin Norasimah Hamid di kediamannya di Kampung Nawa, Alor Setar, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal bersama sukarelawan, Datin Norasimah Hamid di rumah mereka di Kampung Nawa dekat sini, hari ini.

CSM hadir memberikan bantuan wang tunai, susu serta barang keperluan dapur. Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan berusaha mendapatkan barangan keperluan lain seperti katil pesakit serta kerusi roda bagi memudahkan Nurul Suhaida bergerak pada masa akan datang.

Mengulas mengenai penyakit dialaminya, Nurul Suhaida berkata, dia hanya menyedari menghidap kanser selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini bulan lalu,  ekoran kakinya yang bernanah dan bengkak hingga menampakkan isi di paha.

"Mulanya saya hanya demam dan sering letih namun tidak lama kemudian, saya mula sedar ada nanah di paha. Melihat keadaan itu, saya cuba berubat cara kampung tetapi keadaan nampak kian teruk.

"Apabila kaki kian membengkak dan terdapat seakan ketulan di paha, saya sudah mula tak dapat menahan sakit. Berikutan itu, saya terus menghubungi ambulans untuk dibawa ke HSB dan dimaklumkan perlu menjalani pembedahan," katanya.

Tambahnya, hingga ke hari ini, pahanya masih berdenyut-denyut hingga dia sukar melelapkan mata.

"Dalam keadaan sekarang, suami sanggup melakukan apa saja kerja-kerja kampung asalkan dapat membayar wang perubatan dan makan minum kami sekeluarga.

"Saya amat berharap untuk segera sembuh agar kami boleh menjalani kehidupan seperti dulu dan sama-sama mencari rezeki buat keluarga," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam milik Nurul Suhaida bernombor 02-075-02-029911-0. - Getaran 4 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

4

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang