web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perincian REE Perlu Penyusunan Bersepadu, Elak Dijual Dengan Murah - Rafizi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Oct 2023 9:35PM

Rafizi Ramli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segala perincian berkaitan unsur nadir bumi (REE) perlu disusun sebagai industri bersepadu untuk mengelakkan kecenderungan ia diteroka dan dijual sebagai mineral mentah dengan harga yang sangat rendah.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, setiap negeri memiliki maklumat terperinci mengenai deposit mineral.

Menurut beliau, ada negeri mempunyai deposit mineral yang tinggi seperti yang diumumkan oleh beberapa Menteri Besar.

“Sekiranya diproses dan digunakan dalam aplikasi teknologi akan menambah nilai dan menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.

“Kerajaan Persekutuan memerlukan satu dasar bersepadu dan menyeluruh, termasuk untuk menetapkan piawaian mengenai kelestarian, pematuhan terhadap alam sekitar, teknologi, syarat pengendalian sisa radioaktif (jika ada) dan sebagainya,” katanya menerusi sesi #TanyaRafizi.

Dasar menyeluruh dan bersepadu pernah digunakan untuk membangunkan industri minyak dan gas negara - gambar Facebook
Dasar menyeluruh dan bersepadu pernah digunakan untuk membangunkan industri minyak dan gas negara - gambar Facebook

Rafizi memberitahu, negara pernah melalui proses ini semasa membangunkan industri minyak dan gas sekitar 30 atau 40 tahun lalu.

“Dasar ini sedang dirangka (untuk REE) dan akan dipercepatkan bagi menjamin industri REE dapat berjalan dengan teratur, bagi mengimbangi kesannya kepada masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rafizi memberitahu, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Intan di Ulu Kinta, Perak berjaya mewujudkan tanah seluas lapan hektar untuk projek penanaman cili dan terung fertigasi.

Kawasan seluas lapan hektar untuk projek IPR Intan di Ulu Kinta, Perak - gambar Facebook
Kawasan seluas lapan hektar untuk projek IPR Intan di Ulu Kinta, Perak - gambar Facebook

Katanya, projek melibatkan 30 peserta itu dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

“Di bawah IPR INTAN, kita akan teruskan usaha kita melahirkan profesional tani dengan melatih peserta dengan segala kemahiran diperlukan.

“Kita telah melantik satu syarikat peneraju di Ulu Kinta ini sebagai usaha kita melibatkan pemain swasta untuk kita skalakan projek IPR INTAN dengan lebih pantas,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan