web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Siapa Kata PM Tak Berjuang Untuk Palestin?'

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 10:25AM

Perdana Menteri bertemu Putera Mahkota Muhammad Salman dalam lawatan ke Riyadh, Arab Saudi - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya kerana suara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lebih lantang memperjuangkan isu Palestin, ramai yang terlupa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tak kurang hebatnya.

Menariknya, perjuangan beliau yang bermula lebih 50 tahun lalu bukan hanya berkisar  kepada Palestin semata-mata, tetapi turut mencakupi negara Islam lain, termasuk Afghanistan.

Seawal 1971, Anwar yang ketika itu bergerak di bawah panji Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sudah lantang mengangkat isu Palestin, menjadikan namanya amat termasyhur di Asia Barat.

Menerusi ciapan di X, ReeN yang menggunakan akaun ReeNGaston berkata, perjuangan itu tidak terhenti, malah diteruskan ketika beliau mula bergiat aktif dalam politik, menerusi pembabitannya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Memuat naik video mengandungi beberapa klip rakaman, figura ini pernah diangkat sebagai ‘Anak Palestin’ oleh pemimpin unggul negara berkenaan, Yasser Arafat pada 1983, rentetan perjuangan yang dirintis. 

Pada tahun itu, Anwar yang menyandang portfolio Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan jemputan kepada Yasser, selaku pemimpin utama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk sekali lagi melawat Malaysia.

Yasser dipetik sebagai berkata, hubungan Palestin dan Malaysia jauh lebih akrab berbanding dengan negara Liga Arab yang lain.

Perjuangan Anwar menentang kekejaman Zionis melalui ABIM jelas Reen,  diakui sendiri oleh Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Perdana Menteri sendiri secara berani mengakui di Parlimen, Malaysia sememangnya menjalin hubungan rapat dengan Hamas, yang dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya.

Pendapat senada disuarakan Faisal Aziz atau @faisalazizfa yang memuat naik arkib video memaparkan pembabitan Perdana Menteri dalam memperjuangkan isu Palestin sejak 1982 sebagai anggota Kabinet.

Sementara itu di TikTok, Ummi yang menggunakan akaun @melawanfitnah menerusi video berkata, Anwar juga adalah Ketua Pemuda UMNO pertama yang menganjurkan demonstrasi membantah kezaliman Zionis ke atas Palestin.

@melawanfitnah #fyp #shouldbeme ♬ original sound - Jubilee

Menyokong pandangan itu, syukur_aiman7 di akaun menggunakan nama sama berkata, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga adalah pemimpin Malaysia pertama yang mengangkat isu Palestin di Sidang Kemuncak ASEAN.

@syukur_aiman17 biar gambar yg membukti kn #PMX #malaysiamadani #freepalestine??❤️ #freepalestine??❤️ #fpydongggggシ #fypシ ♬ original sound - Dani Kurama

The Gladiator yang menggunakan akaun @wakponorogo turut memuat naik video mengandungi sedutan ucapan Anwar menyokong Palestin selaku pemimpin ABIM.

@wakponorogo Anwar Ibrahim : Konflik Palestin- Israel #fyp #fypシ #tiktok?? #tiktokmalaysia #viralmalaysia #anwaribrahim #palestinetiktok #hamaspalestina #foryou #tiktokmalaysian #tiktokmalaysiaviral #anwaribrahimofficial ♬ original sound - Rakhmat75 - @RahmatNovie75

Video tersebut tidak ketinggalan memaparkan ucapan Anwar di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini. - Getaran, 21 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan