web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cakna Keadaan Semasa, Ahli Politik Sedia Ujian Antigen RTK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Feb 2021 5:52PM

Seorang lelaki sedang menjalani ujian saringan COVID-19 di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Utama pada 6 Feb. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Sejak muncul di Wuhan, China pada Disember 2019, tiada tanda virus COVID-19 akan lenyap dari muka bumi dalam tempoh terdekat.

Lebih setahun, semua isi perut dunia terpaksa membiasakan diri menempuh hidup berlatarbelakangkan norma baharu, yang satu ketika dahulu begitu asing dengan peradaban manusia.

Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka bukan lagi satu keanehan, malah yang tidak mengamalkan pula akan dipandang serong dan berpotensi dikenakan tindakan undang-undang.

Susulan penularan, saringan kesihatan besar-besaran perlu dilakukan di semua negara, bagi mengesan kontak atau individu yang berkemungkinan besar sudah dijangkiti, dan Malaysia tidak terkecuali.

Kadar jangkitan COVID-19 dalam gelombang ketiga yang melanda negara ketika ini adalah lebih buruk berbanding dua fasa terdahulu, apabila bilangan kes masih berlegar di empat angka.

Ia diburukkan dengan kemunculan pelbagai kluster baharu walaupun pada hakikatnya Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sudah dilaksanakan bermula 16 Januari lalu.

Prihatin dengan keadaan ini, beberapa ahli politik dari pelbagai parti, mengambil inisiatif mengadakan program ujian saringan COVID-19 di Kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, khusus untuk komuniti setempat.

Serentak dengan perkembangan semasa, pelaksanaan program ujian saringan COVID-19 ini sedikit sebanyak membantu melicinkan proses pengesanan pesakit oleh jentera kesihatan, yang semakin lelah meneruskan tugas memerangi virus itu.

Ahli Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya, menawarkan peluang untuk komuniti setempat menjalani ujian Antigen RTK COVID-19 pada harga serendah RM30.

Bayaran yang amat berpatutan itu dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam melindungi masyarakat sekitar dari ancaman dan penularan virus berkenaan.

Dalam ciapan di Twitter, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, ia adalah antara ikhtiar bagi meringankan  beban rakyat dan mencegah penyebaran wabak COVID-19.

“Saringan ini terbuka untuk semua warga, penduduk atau pengundi di Port Dickson.

“Permohonan boleh dibuat di laman web www.parlimenpd.com,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Inisiatif sama diambil Ahli DUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran yang membuka peluang untuk semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah kategori B40.

Katanya, semua penerima itu bagaimanapun perlu menetap atau mengundi di DUN berkenaan bagi melayakkan mereka mengikuti saringan terbabit.

“Mereka boleh menghubungi Hotline COVID-19 Bukit Gasing di talian 011 56249628 untuk mendaftar dan hanya perlu membayar RM30 seorang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

ADUN Balakong, Wong Siew Ki pula melangkah setapak lagi apabila membuat penetapan untuk mengadakan saringan Antigen RTK sehingga esok, bermula hari ini.

“Saringan akan bermula pada jam 1 petang hingga 3 petang untuk kedua-dua hari di Poliklinik Perdana yang terletak di Taman Cheras Perdana.

“Harga ditetapkan cuma RM70 dan orang ramai boleh menghubungi talian 03 90813176  jika memiliki sebarang pertanyaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilihat lebih agresif dengan mengambil pendekatan untuk menganjurkan saringan selama tiga hari, masing-masing pada 9, 11 dan 13 Februari, bertempat di tapak parkir kereta yang berhadapan dengan pejabatnya di Lembah Pantai.

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Fahmi berkata ini adalah kali kedua program seumpamanya diadakan selepas siri pertama berakhir, Jumaat lalu.

“Orang ramai yang menyertai saringan ini boleh mendapatkan keputusan masing-masing dalam tempoh tiga jam, manakala caj dikenakan hanya RM70.

“Mereka boleh mendaftar untuk mendapatkan slot masing-masing di bit.ly/SaringanCovid19LP atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke nombor +60193783858,” katanya.

Turut terbabit menganjurkan acara sama ialah ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi yang bermurah hati menaja e-baucar untuk penduduk di DUN berkenaan menjalani saringan terbabit.

E-baucar itu membolehkan pemegang menjalani ujian dengan harga serendah RM50 di Klinik Selcare, Shah Alam pada jam 11 pagi, 21 Februari nanti.

Sementara itu, ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze pula membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjalani saringan terbabit, jika mereka menetap atau bekerja di sana.

Dengan bayaran RM70, Michelle dalam ciapan di Twitter berkata, orang ramai hanya perlu membawa dokumen pekerjaan, kad pengenalan atau bil utiliti sebagai bukti mereka menetap atau bekerja di Subang Jaya.

“Ujian hanya dilakukan di Pusat Perubatan QHC di USJ9 dan mereka yang berminat, perlu membuat temujanji melalui Whatsapp di nombor 0129120536,” katanya.

Dalam keadaan negara dilatari seribu permasalahan, inisiatif diambil barisan ahli politik terbabit begitu menyejukkan hati, kerana ia sedikit sebanyak menandakan mereka cakna terhadap keperluan rakyat.

Bukan populariti dan mileage politik harus dikejar ketika ini, kerana nyawa manusia itu tiada galang ganti dan alangkah moleknya jika peri murni itu berterusan, walaupun ketika negara sudah kembali pulih dari musibah yang melanda. – Getaran, 7 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki