web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Siasat Aman Palestin Secara Profesional, Adil - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 2:51PM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia untuk mendedahkan kepada mahkamah justifikasi berhubung tindakan membekukan aset-aset milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata, tindakan pembekuan aset itu bagi membantu siasatan dan dibuat berdasarkan Seksyen 44 (1) AMLATFPUAA 2001, yang memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang.

“Ia merupakan tindakan yang biasa dijalankan dalam mana-mana siasatan, sekiranya ada keperluan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Aman Palestin pada sidang media di Bangi memberi masa tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya, yang dibekukan sejak 23 November lalu.

Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid dilapor berkata, jika badan penguatkuasaan itu gagal berbuat demikian, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Azam berkata, SPRM menjalankan siasatan secara profesional dan adil tanpa sebarang niat jahat terhadap mana-mana pihak.

“Terpulang kepada mana-mana pihak untuk mengambil tindakan undang-undang, sekiranya mereka merasa ada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, SPRM dipertanggungjawab dan diamanahkan untuk menyiasat dengan adil dan tegas sebarang isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, terutama kes berkepentingan awam yang melibatkan ketirisan dana.

Pada 23 November lalu, SPRM membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti syarikat lain berkaitan dengannya, membabitkan wang berjumlah lebih RM15 juta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad