web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mengejutkan, Tapi Beri Ruang Untuk Siasatan - Radhi Mat Din 

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 5:20PM

Radhi Mat Din meluangkan masa melawat orang ramai yang menderma darah sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Kedah di Kompleks Belia dan Sukan Kedah, hari ini - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Radhi Mat Din mengakui amat terkejut dengan siasatan dan tangkapan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa individu dalam badan induk bola sepak negeri itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat tepat berhubung perkara tersebut.

Justeru katanya, semua pihak diminta untuk memberi ruang kepada proses siasatan dan tidak membuat sebarang kesimpulan.

"Secara peribadi saya tak tahu dan amat terkejut. Lebih-lebih lagi isu ini melibatkan orang yang diketahui paling bekerja dalam KFA.

"Kita tak tahu di sebalik semua itu dan saya fikir masing-masing perlu tunggu laporan lanjut. Beri ruang kepada segala proses siasatan berlangsung dan kita lihat ia menuju ke arah mana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu hadir menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Kedah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di sini, hari ini.

Semalam, empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak direman selama tiga hari kerana disyaki meminta serta menerima rasuah berjumlah lebih RM6 juta, empat tahun lalu.

Kesemua mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah kelmarin ketika hadir memberi keterangan, dan siasatan awal menunjukkan wang tersebut telah dimasukkan ke akaun sebuah persatuan bola sepak.

Wang berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air.

Mengulas lanjut, Radhi yang juga legenda bola sepak tanah air berkata, KFA akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin bagi menyelami isu berkenaan.

"Seperti saya nyatakan tadi, setakat ini saya pun tak tahu cerita sebenar. Apa yang pasti selama ini, kita bekerja keras bagi menyelesaikan masalah hutang-hutang lama KFA.

"Kita kena selami masalah ini dan disebabkan itu, KFA pun nak buat mesyuarat khas dalam masa terdekat. Kemungkinan mesyuarat itu akan diadakan hari ini atau esok," katanya. - Getaran, 6 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi