web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CUEPACS Harap KPPA Baharu Beri Keutamaan Segerakan Pelaksanaan Kadar Upah Yang Adil

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 1:52PM

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Adnan Mat. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baru dilantik, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz diharap dapat memberikan keutamaan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah untuk penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat berkata, Wan Ahmad Dahlan perlu selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan pelaksanaan perkara itu.

"Selain meningkatkan mutu perkhidmatan awam, CUEPACS berharap Wan Ahmad Dahlan mampu mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan kakitangan kerajaan, terutama melibatkan peringkat pengurusan tertinggi dan kumpulan pekerja sokongan.

"CUEPACS berharap hubungan yang baik antara pegawai tertinggi dan anggota terus dipupuk bagi memastikan kualiti perkhidmatan awam sentiasa dapat ditingkatkan selaras dengan kebajikan warganya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Hubungan antara kakitangan tidak kira jawatan haruslah dijaga dengan baik kerana kerjasama yang kukuh akan diterjemahkan melalui kualiti perkhidmatan yang cemerlang. Penjawat awam perlu menunjukkan profesionalisme melalui sikap dan tindakan yang mencerminkan integriti, kecekapan, dan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat," katanya.

Semalam Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Wan Ahmad Dahlan berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

2

Semasa 11 bulan yang lalu

KPPA Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sistem Saraan Baharu Bantu Penjawat Awam Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Lihat Penjawat Awam Sebagai Musuh, Hargai Sumbangan Untuk Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan