KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara sempena tamat tempoh pemerintahan baginda.
Keberangkatan baginda pada jam 3.10 petang itu turut diiringi Raja Permasuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, paduka-paduka anakanda dan kerabat Diraja Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka pada jam 3.10 petang di Istana Negara.
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 20, 2024
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah… pic.twitter.com/wYGPlACaar
Majlis Jamuan Teh Diraja tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tiga mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Juga dilihat hadir ialah barisan menteri Kabinet, perwakilan asing ke Malaysia dan barisan tertinggi kepimpinan kerajaan. - Getaran, 20 Januari 2024