web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negara Perlu Anjakan Ketara Untuk Perbetul Kebobrokan Sistem Pentadbiran - PM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Feb 2024 9:43AM

Anwar Ibrahim (kiri) dan Aminuddin Harun (kanan) mencuba antara hidangan yang disediakan di Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara memerlukan satu anjakan ketara, menerusi dasar yang digariskan di bawah gagasan MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut perlu diambil untuk memperbetulkan kebobrokan sistem pentadbiran yang berlaku sejak sekian lama.

Menurut beliau, gagasan MADANI menekankan soal ihsan, akhlak, kemanusiaan dan keadilan bagi merawat keterhakisan nilai-nilai ini akibat kemajuan material.

“Kemajuan material membuatkan kita sanggup membiarkan pimpinan yang rasuah terus bermaharajalela sejak sekian lama.

“Anjakan ini perlu bermula dengan membina semula tatakelola yang baik serta semangat menolak rasuah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, penegasan tersebut disampaikan sewaktu berucap pada Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, semalam.

Perdana Menteri bergambar bersama peserta Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan - gambar Facebook
Perdana Menteri bergambar bersama peserta Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan - gambar Facebook

Turut hadir mengiringi beliau ialah  Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tegas Anwar, Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau akan sedaya upaya menoktahkan budaya yang mengizinkan kuasa dan sistem pemerintahan dijadikan kesempatan memunggah kekayaan untuk tokoh-tokoh tertentu.

“Usaha memerangi rasuah perlu bermula dengan menghukum jerung-jerung sebagai satu pengajaran supaya hal ini tidak lagi berulang, ketimbang sekadar memenjarakan watak-watak kecil yang akhirnya hanya menjadi gimik dan sandiwara,” katanya.

Mengakui usaha berkenaan pasti diselubungi kontroversi, Perdana Menteri berkata, individu yang memiliki kekayaan bernilai bilion ringgit pasti tidak akan berdiam diri apabila disiasat.

“Tentunya seseorang itu akan menggunakan segala pengaruhnya untuk melawan, tetapi jika kita berhenti bertindak kerana pengaruhnya, maka tidak layak kita menjadi pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga negara. 

“Risiko perlu dihadapi kerana utamanya adalah negara mesti diselamatkan,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Anwar turut memohon sokongan rakyat untuk membantu kerajaan berpegang dan melaksakanan prinsip tersebut.

“Moga usaha ini membersihkan negara daripada amalan bobrok, sekali gus mengangkat martabat Malaysia,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad