web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlekeh Premier Sarawak, Polis Rakam Kenyataan Bozz Jebat

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Mar 2024 8:15AM

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah merakam keterangan Bozz Jebat atau nama sebenarnya Zool Amali Hussin bagi membantu siasatan ke atas 45 laporan polis berkaitan dakwaan menghina Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah memohon bantuan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) untuk merakam percakapan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban itu.

"Unit USJT telah menggunakan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras untuk merakam percakapan Zool Amali bermula dari jam 1.45 tengah hari sehingga jam 3.40 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bozz Jebat didakwa telah mengeluarkan kenyataan biadap dengan merendah-rendahkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi sebuah video berdurasi empat minit yang dimuat naik seorang individu di laman sosial, 29 Februari lalu.

Zam Halim berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, media melaporkan laporan polis telah dibuat Setiausaha Politik Premier Sarawak, John Nyigor di Balai Polis Satok, Kuching terhadap 'Bozz Jebat' yang turut didakwa mengeluarkan kenyataan di dalam video itu seolah-olah Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Terbuka Premier Sarawak Jadi Tumpuan Pelbagai Kaum

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sarawak Ingin Tiru Kejayaan Emirates Airline - Abang Johari

3

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Sarawak Bantu Usaha Kerajaan Persekutuan Lahir Modal Insan Kemahiran Tinggi - Abang Johari

4

Semasa 10 bulan yang lalu

GPS, Abang Johari Main Peranan Penting Pastikan Kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang